Friday, December 18, 2015

A la fin de 2015

0 사랑
Assalamualaikum tout le monde

Seperti biasa aku menulis like setahun sekali haha. Nak buat macam mana, spirit/aura/semangat menulis tu tak datang bergolek. Hari ni 19/12/15 aku menulis sebab aku dah sampai di Kuala Lumpur malam tadi jam 9.51 malam dari Paris - Amman naik Royal Jordanian.

Disebabkan aku akan menghabiskan sisa sisa 2015 dan memulakan tahun baru di Malaysia, aku nak confess bahawa banyak sangat perkara yang berlaku tahun ini. Biasa lah, suka duka, asam garam kehidupan itu wajib. Two of em are, aku passed exam Delf B2 and Dalf C1 pada tahun ni, serta pulang 2 kali ke Malaysia untuk: menghadiri perkahwinan abang kedua aku Jun lalu; dan menunaikan umrah (Insya Allah) pada januari depan. Event sedih? Aku tak sure.. or aku tak mahu ingat. Hee

Aku akan cubaaaaaa menulis, merakamkan pengalaman atau kenangan yang aku lalui dalam hidup, terutama di negara "kediaman" kedua aku, Perancis yang tercinta. Tetapi biasalah, aku ulang kenyataan aku tadi, semangat menulis tak datang bergolek. Even diary aku pun dah jarang bertulis. Tak tahu kenapa.

Apa motif entri kali ni? Aku kurang pasti. Cuba berjinak-jinak untuk menulis kembali? Perhaps. Yang penting, aku mahu profit betul betul kepulanganku ke tanah tumpahnya darahku ini.

Moga penyesalan tentang kepulangan yang terdahulu tidak terungkit kembali.

Adios!

STALK&FOLLOW