Saturday, February 22, 2014

Salam rindu dari Perancis 1

4 사랑

Assalamualaikum, semua.

Hihi dah sebulan tak update. Biasa lah, Busy sikit dengan kehidupan baru. So hari ni... boleh kot aku cerita sikit apa yang terjadi dalam hidup aku sejak 'berpindah' ke France.

Alhamdulillah, setakat ni aku hidup senang. Terima kasih MARA sebab bagi scholarship. Seryes, dengan duit tu, makan minum aku cukup, even aku pindah ke apartment kot sekarang. Semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Yang penting, terima kasih Ya Allah sebab bagi peluang ni.

Sabtu, 5 Oktober 2013.
Flight aku, malam tu. Pergh cuak gila. Faham la perasaan budak baru cukup umur (18tahun) kena belajar di negara Eropah yang beza waktunya 6 jam. Naik flight kemain 12 jam tanpa henti. Nasib baik aku tak nangis. Nak kata excited, tak jugak. Eh tipu lah kalau takde sikit pun kan. Ade je rasa excited tapi sedih gak ah nak tinggal family. 5 tahun kot kat Perancis. 5 TAHUN.


Ahad, 6 Oktober 2013.
Sampai Paris pagi. Beberapa senior datang ambil kitorang. Padahal tempat belajar jauh kot. Sanggup diorang datang Paris semata mata nak temankan. Ya lah. Kalau tak sape lagi kan? Takde pengiring MARA or sesape pun dari Malaysia. NOBODY. Terima kasih seniors sebab sudi membantu. Kalau tak, entah camana nak hidup. Perancis bukan macam UK, boleh cakap english. Terus naik train pergi Besancon. Nak dijadikan cerita, hari pertama pun dah banyak insiden.

1- Kawan kemalangan sebab pakcik teksi tutup bonet kereta time kawan lalu sebelah kereta. PANG kena kepala. Berdarah2. Tak pepasal kena jahit.

2- Train Perancis pelik sikit. Kalau dia plan stop kat memana station selama 10 minit, dia akan pastikan 10 minit TEPAT. Bayangkan, barang kitorang banyaaaaaaaak sangat. Sorang dah 2 3 bagasi. Tapi yang tolong angkut, budak laki la. So, 10 minit (or less, aku lupa) tak cukup untuk angkut bagasi2 tersebut dari train ke station. Sampai kitorang kena marah sebab lama sangat ambil masa, so dalam kalut kalut, ada 2 bagasi hilang. Setelah buat report etc, salah satu beg yang berisi pakaian dijumpai semula. Satu lagi yang berisi LAPTOP dan DOKUMEN2 PENTING tak dapat dikesan. Kesian kawan aku :'(

Sampai je Besancon terus dapat tempat tinggal. Awal2 kitorang tinggal kat foyer je. Setiap sorang dapat bilik. Bagi aku, tempat tu best. Selesa dan privacy terkawal. Walaupun hanya ada bilik dan toilet. Cuma yang tak best, dapur takde. Hmm.

Isnin, 7 Oktober 2013
Percaya atau tidak, hari kedua aku di sini.. aku kena terus pergi tempat belajar yang dikenali sbg CLA untuk placement test. Pergh bayangkan baru 3 bulan belajar BASIC french dah kena buat essay and kena cakap bahasa tersebut. Takut gila ah. Cakap dengan penyoal pun sekali dengan body language. Mana lah aku boleh cakap bahasa Perancis lagi time ni. Hahah. Petang tu jugak dapat results yang menentukan kelas mana aku akan masuk pada esok hari. Kelas tak tinggi mana pun takpe, sebab ni kelas intensif.


and theeeese are my classmates, a lot of Brazilians. I loooove them so much.

Kelas aku, A2.1++ . Disebabkan kitorang masih lagi beginners, kitorang kena masuk kelas intensif dulu. Sehingga kami capai tahap B1. Baru lah boleh masuk kelas yang ikut semester. Kalau kelas intensif ni, setiap bulan kami akan bertukar tukar kelas. Biasanya akan naik satu tahap la. Contoh, aku: A2.1++ > A2.3 > B1.1 > B1.2. Best... sumpah best. Walaupun setiap bulan bertukar classmates, tapi kitorang rapat sangat. Lagi lagi dengan budak budak brazil tu.. Pergh HAPPENING. Rindu diorang.


And pada tahun ini (2014) baru lah aku ada satu lagi placement test (yang lagi besar). Sekarang aku dah bertukar ke kelas yang mengikut semester, iaitu LCS. Aku dapat kelas B1.7. Sedih... Brazilians dah takde. Sebab diorang punya program sekejap je. Dalam 4 bulan belajar kat kelas intensif, terus pergi universiti. Btw, diorang lagi berumur daripada kitorang, bebudak Malaysia ni. Lagipun, aku kan ambil bahasa. So, kena duduk CLA selama 3 tahun dulu hingga dapat capai C1 / C2, baru boleh masuk U. Kiranya sekarang aku belum masuk U lagi. Boleh tahan macam Pre-U lah jugak.



Aku rasa setakat ni dulu lah. Nanti aku sambung lagi :)

STALK&FOLLOW