Saturday, April 19, 2014

Le Tour du Monde en 80 Plats

2 사랑

Hi hello.

Hari ni nak cakap pasal satu event penting yang dianjurkan setiap tahun oleh CLA, iaitu tempat aku belajar bahasa perancis buat masa sekarang. Namanya Le Tour du Monde en 80 Plats. Which means Tour of The World in 80 dishes. And yeeah! Aku sendiri menanti nanti majlis ni sehinggalah hari tu, 19 dan 20 Mac 2014. Weee~ Apa je yang ada kat majlis ni ye?

Kalau ikutkan nama pun dah boleh agak kan? Kita boleh makan makanan seluruh negara dalam satu majlis je. Sekumpulan wakil bagi setiap negara (seperti Indon, Jepun, Korea, Syria, Thailand, Libya etc) akan masak makanan-makanan dari negara mereka and jual kepada semua yang hadir. And nak masuk tempat tu kena beli tiket and surprisingly setiap tahun, tiket akan sentiasa habis. Wow. And pembeli2 nya semua orang Perancis (Francais).


Takkan makan je kan? Haaaa ni part paling best and buat aku excited. Apa lagi kalau bukan persembahan? Chwaha. Tahun ni, untuk Malaysia punya, aku dilantik sebagai AJK-konon untuk persembahan. Makanan... senang je. Kita serahkan pada seniors. Hihi. So, aku buat lah 2 groups. 1 (10 ladies) untuk menari tarian Asmaradana and 2 (4 gents + 4 ladies) untuk menari tarian zapin.

Aku... suka sangat. Sebab dah lama tak menari kan? So, boleh dikatakan lepas gian lah jugak. And bagi aku persembahan untuk 2 hari tu satu kejayaan. Walaupun, alahh ada je aku and others buat mistakes. Biasalah tu bila perform kan? Tapi still, itu satu moment yang tak boleh dilupakan? Korang.... nak tengok tak? Hee. Okay scroll kat bawah untuk tengok, okay?



Oh btw! We're no professionals. So, jangan expect kitorang buat gempak. Bagi mata kitorang dah cukup bagus dah ni. Hahah.



Saturday, March 22, 2014

TIADA Tindikan Bahasa 2014

0 사랑
Hai semua.

Hari tu aku ada promote pasal tindikan bahasa kan? Malangnya tahun ini 2014, MARA tidak menganjurkan program tindikan bahasa (There's no French, German, Spanish, nor Japanese). Sorry to say. Mungkin kepada sesiapa yang berminat tu, tahun ni memang takde rezeki nak masuk. Tak caye, cuba check web mara kat SINI. Who knows tahun depan ada pulak kan? Kitorang baru je 2 batch. And maybe kitorang ni cuma bahan experiment, so dia nak test lah geng geng tindikan bahasa ni berjaya atau tidak. Apa apapun, Insya Allah.

Melainkan korang dah ada basic french, korang boleh mintak dengan KPM. Untuk yang takde basic macam aku ni, MARA je la peluangnya. And kalau KPM, rasanya korang boleh jadi cikgu SBP (maybe) sebab kebanyakan bahasa asing diajar di SBP. And for us, kitorang still tak tahu hala tuju kami. Mungkin MRSM Bitara? (Sebab setakat ni, kami hanya berjumlah 24 orang). Mungkin juga di institusi2 yang lebih tinggi under MARA? Seryes kami still tak tahu apa apa lagi. Yang penting, aku percaya rezeki di tangan tuhan. Doakan yang terbaik ok.

Kepada kamu kamu yang dah dapat results SPM tu.... tahniah. Yang tak dapat result bagus, takpe. Ada rezeki lain. Seryes cakap, kalau aku dapat straight As, aku takkan dapat ke France. OBVIOUSLY. Because I have to compete with TONSSSS of intelligent people. Mau tak gila? Hahah. Still, aku sedih dengan result SPM aku dulu. On the other hand, I'm happy because that's the beginning of my journey in France now. 

Konklusi, Tindikan Bahasa under MARA bagi tahun 2014 memang tiada. TQ.

Salam rindu dari Perancis 2 (Aidiladha 2013)

0 사랑
Assalamualaikum semua.

Well hey guys. It's been a while. So yeah. Tahun lepas kan aku pindah ke Perancis like, on 5 October right? And Aidiladha is after that. Memang impossible la nak sambut dengan family. So, first time sambut raya dengan 'family' baru, which is my friends and seniors and other malaysians in Besancon. Hmm sebab awal awal  lagi kan, so takdelah sayu sangat. Cuma lagi best sambut kat Malaysia lah kot. Sebab kita punya takbir pun ada irama tertentu. Baru la ada 'feel' tu kan.

Actually, Aidiladha time tu, kitorang ada kelas. Nasib baik kitorang kelas intensif je. So, like kalau tak pergi kelas pun, dia takde lah kisah sangat (macam sekolah). Disebabkan raya tu, kitorang pergi satu dewan (yeap, bukan Masjid) untuk solat raya sama-sama. Dengan orang orang asing sekali ah. Okay laa.. Pengalaman. First time :)


Pada hari minggu, baru lah kitorang buat majlis betul betul. Ajak SEMUA Malaysians yang tinggal di Besancon. Best la sebab baru rasa secure. Like, oh banyak je Malaysian kat sini. Hahah.



Ada jugak geng geng srikandi buat majlis sendiri sendiri. Yang ni aku lupa sebab apa. Ada hari yang kena puasa sunat, so malam tu kitorang buka puasa ramai ramai. Time cami lah dapat lepas rindu kat makanan Malaysia. Banyakkkk. Sambil sambil tu kitorang main game untuk lebih mengenali sesama sendiri.


Setakat ni, tu lah kisahnya. Hehehe. Raya di perantauan pun boleh dikatakan best la sebab we're not alone. But Insya Allah tahun ni (2014) aku sambut Aidilfitri kat Malaysia. Insya Allah.

Saturday, February 22, 2014

Salam rindu dari Perancis 1

4 사랑

Assalamualaikum, semua.

Hihi dah sebulan tak update. Biasa lah, Busy sikit dengan kehidupan baru. So hari ni... boleh kot aku cerita sikit apa yang terjadi dalam hidup aku sejak 'berpindah' ke France.

Alhamdulillah, setakat ni aku hidup senang. Terima kasih MARA sebab bagi scholarship. Seryes, dengan duit tu, makan minum aku cukup, even aku pindah ke apartment kot sekarang. Semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Yang penting, terima kasih Ya Allah sebab bagi peluang ni.

Sabtu, 5 Oktober 2013.
Flight aku, malam tu. Pergh cuak gila. Faham la perasaan budak baru cukup umur (18tahun) kena belajar di negara Eropah yang beza waktunya 6 jam. Naik flight kemain 12 jam tanpa henti. Nasib baik aku tak nangis. Nak kata excited, tak jugak. Eh tipu lah kalau takde sikit pun kan. Ade je rasa excited tapi sedih gak ah nak tinggal family. 5 tahun kot kat Perancis. 5 TAHUN.


Ahad, 6 Oktober 2013.
Sampai Paris pagi. Beberapa senior datang ambil kitorang. Padahal tempat belajar jauh kot. Sanggup diorang datang Paris semata mata nak temankan. Ya lah. Kalau tak sape lagi kan? Takde pengiring MARA or sesape pun dari Malaysia. NOBODY. Terima kasih seniors sebab sudi membantu. Kalau tak, entah camana nak hidup. Perancis bukan macam UK, boleh cakap english. Terus naik train pergi Besancon. Nak dijadikan cerita, hari pertama pun dah banyak insiden.

1- Kawan kemalangan sebab pakcik teksi tutup bonet kereta time kawan lalu sebelah kereta. PANG kena kepala. Berdarah2. Tak pepasal kena jahit.

2- Train Perancis pelik sikit. Kalau dia plan stop kat memana station selama 10 minit, dia akan pastikan 10 minit TEPAT. Bayangkan, barang kitorang banyaaaaaaaak sangat. Sorang dah 2 3 bagasi. Tapi yang tolong angkut, budak laki la. So, 10 minit (or less, aku lupa) tak cukup untuk angkut bagasi2 tersebut dari train ke station. Sampai kitorang kena marah sebab lama sangat ambil masa, so dalam kalut kalut, ada 2 bagasi hilang. Setelah buat report etc, salah satu beg yang berisi pakaian dijumpai semula. Satu lagi yang berisi LAPTOP dan DOKUMEN2 PENTING tak dapat dikesan. Kesian kawan aku :'(

Sampai je Besancon terus dapat tempat tinggal. Awal2 kitorang tinggal kat foyer je. Setiap sorang dapat bilik. Bagi aku, tempat tu best. Selesa dan privacy terkawal. Walaupun hanya ada bilik dan toilet. Cuma yang tak best, dapur takde. Hmm.

Isnin, 7 Oktober 2013
Percaya atau tidak, hari kedua aku di sini.. aku kena terus pergi tempat belajar yang dikenali sbg CLA untuk placement test. Pergh bayangkan baru 3 bulan belajar BASIC french dah kena buat essay and kena cakap bahasa tersebut. Takut gila ah. Cakap dengan penyoal pun sekali dengan body language. Mana lah aku boleh cakap bahasa Perancis lagi time ni. Hahah. Petang tu jugak dapat results yang menentukan kelas mana aku akan masuk pada esok hari. Kelas tak tinggi mana pun takpe, sebab ni kelas intensif.


and theeeese are my classmates, a lot of Brazilians. I loooove them so much.

Kelas aku, A2.1++ . Disebabkan kitorang masih lagi beginners, kitorang kena masuk kelas intensif dulu. Sehingga kami capai tahap B1. Baru lah boleh masuk kelas yang ikut semester. Kalau kelas intensif ni, setiap bulan kami akan bertukar tukar kelas. Biasanya akan naik satu tahap la. Contoh, aku: A2.1++ > A2.3 > B1.1 > B1.2. Best... sumpah best. Walaupun setiap bulan bertukar classmates, tapi kitorang rapat sangat. Lagi lagi dengan budak budak brazil tu.. Pergh HAPPENING. Rindu diorang.


And pada tahun ini (2014) baru lah aku ada satu lagi placement test (yang lagi besar). Sekarang aku dah bertukar ke kelas yang mengikut semester, iaitu LCS. Aku dapat kelas B1.7. Sedih... Brazilians dah takde. Sebab diorang punya program sekejap je. Dalam 4 bulan belajar kat kelas intensif, terus pergi universiti. Btw, diorang lagi berumur daripada kitorang, bebudak Malaysia ni. Lagipun, aku kan ambil bahasa. So, kena duduk CLA selama 3 tahun dulu hingga dapat capai C1 / C2, baru boleh masuk U. Kiranya sekarang aku belum masuk U lagi. Boleh tahan macam Pre-U lah jugak.



Aku rasa setakat ni dulu lah. Nanti aku sambung lagi :)

Friday, January 3, 2014

Happy 2014

0 사랑

Hi hello,
Selamat tahun baru kepada semua. :)

Hahah. Well, biasalah. Bila tahun baru, ni lah entri common semua orang kan? Tapi takpe lah. Tak kisah. Sebab dah lama sangat tak update blog, so teruskan je lah. Hmm... tapi cepat betul waktu berlalu. Hari ni pun dah 4 januari. Hari tu aku cuti, Christmas Break about 2 weeks. So, minggu pertama aku pergi ke London. Haa, yang tu aku cerita nanti eh. Minggu kedua, stay Besancon je.

Idk, rasa macam malas je nak update. Eh bukan. Keinginan tu ada, tapi aku lemah sikit bab bab update entri sebab sekali aku menaip, lebih sejam. Hahah. Entah kenapa tapi kenyataannya memang macam tu. Tapi sekali aku rajin, jangan mengeluh kalau ada 2 3 4 entri panjang dalam masa satu hari. hihi.

Alors, sempena tahun baru ni.... apa azam aku eh? Mungkin aku nak lupakan orang orang yang dah patahkan hati aku and teruskan hidup. Itu paling utama kot. Yang tu duniawi lah. Kalau akhirat, aku nak perbaiki ibadat aku and sentiasa ingat kematian. Tak guna cakap banyak kat sini kan. Yang penting aku kena usaha selesaikan azam aku. Insya Allah.

Bisous,
Mimoi.

STALK&FOLLOW