Friday, November 1, 2013

Program Tindikan Bahasa di INTEC?

4 사랑
Hi hello.
Assalamualaikum tout le monde.


Disebabkan aku pernah berjanji untuk tulis pasal course aku and kebetulan ramai bebenor yang tanya berkaitan program yang aku ambik ni, jadi hari ni aku tulis dan explique (explain) about Tindikan Bahasa Perancis.

So, let's begin! Tapi apa yang korang nak tahu kan? Hmmm... D'accord (alright). I'll brief:

Program Tindikan Bahasa (Perancis)

Tindikan Bahasa? What's that?
  • Okay. Untuk orang yang betul betul tak tahu. Tindikan di sini bermaksud, anda dah ditindik atau dalam erti lain, ditanda oleh MARA untuk berkhidmat dengan MARA setelah habis belajar nanti for at least 5 years (mengikut kontrak aku). 
  • Berkhidmat sebagai? TENAGA PENGAJAR. Tindikan = Guru. Yes, but who knows where you'll be working at. It could be MRSM ataupun other institusi under MARA, dalam negara atau luar negara.
  • Nak dipendekkan, Tindikan Bahasa Perancis adalah untuk bakal bakal guru Bahasa Perancis. :)
  • Siapa siapa yang tak minat nak berhadapan dengan pelajar, tak payah ambik kos ni.

Program ini dibawah tajaan MARA.
  • It means that, sesiapa yang betul betul berminat dengan course ni, anda bolehlah apply melalui online application yang dibuka oleh MARA beberapa hari selepas result SPM dikeluarkan.
  • Basically, program ni untuk pelajar lepasan SPM lah. And aku tak sure if lepasan Matriks or STPM boleh apply juga. Or maybe you guys nak guna result SPM korang kan. I really have no idea. Maaf.
  • Yang pasti, minimum qualification dia is, you achieved at least 7A 2B in your SPM.

Belajar di INTEC dan di negara 'bahasa yang korang ambil'.
  • Setakat yang aku tahu, program Tindikan Bahasa ni hanya ditawarkan di INTEC je. Who knows lepas ni institusi lain pun ada kan. Tanya ah MARA kalau nak tahu. hahah.
  • Kalau Tindikan MARA yang lain seperti Tindikan Bio, Tindikan Fizik etc.. bukan dekat INTEC.
  • Bila dengar je INTEC (INTEC Education College, Shah Alam), secara automatiklah korang tahu yang korang akan belajar di luar negara.*
  • If korang ambik Bahasa Perancis, then you'll be studying in France. If Bahasa Jerman, then Germany ah. Antara bahasa2 yang ada are; French, German, Spanish, Japan.
  • Oh one more thing. IMPORTANT. Disebabkan permohonan tindikan bahasa asing ni kurang mendapat sambutan, probably, korang dapat Scholarship dari MARA cuma korang tak dapat korang punya pilihan. Seperti kisah aku --> KLIKSINI
Contoh dokumen yang akan dikeluarkan oleh MARA nanti sebagai rujukan.

Tajaan MARA ni pinjaman atau full sponsorship?
  • Generally, walaupun dikenali sebagai tajaan, tapi sebenarnya it's a pinjaman boleh ubah (korang kena bayar balik mengikut result korang)
  • BUT! Untuk pelajar program Tindikan MARA, no need to pay back. Why? Sebab korang ada kontrak 5 tahun dengan MARA. Kiranya, korang bayar balik pinjaman MARA dengan cara bekerja dengan MARA. Arasso?


*Sebab ada orang tak tahu bahawa INTEC adalah institut pengajian untuk pelajar pelajar yang akan menyambung pelajaran di luar negara. hihihi

Sejak form 4, mungkin sebab sekolah sains, aku takut untuk fikir cita-cita lain yang takde kaitan dengan science. Padahal dari dulu lagi aku fikir nak jadi Lecturer Bahasa Arab, nak ambil TESL etc. Cuma nasib tak memihak pada aku sebab dekat SESERI takde Bahasa Arab. Ahh tant pis. Sekarang, Alhamdulillah. Perancangan Allah adalah yang terbaik.

I think setakat ni, that's all kot. Apa apa yang korang nak tanya, silakan. Aku akan jawab selagi soalan tu tak sesusah SPM dulu (dan takde kaitan denga Science). Chwaha.

Bisous,
Mimoi.

STALK&FOLLOW