Friday, October 18, 2013

I'm in France!

0 사랑
Hi hello.
Assalamualaikum people!


Setelah sekian lama. Huh akhirnya aku merajinkan diri menekan punat punat keyboard ni. Hahah. Hmm wait, bila last post aku eh? (jap nak check). Ahh Friday, September 13, 2013. D'accord (Alright). Agak lama la kot. Sebab hari ni dah Oktober 20. Means sebulan lebih la aku dah membisu. Well, how are you guys? Okay? Bagus, Alhamdulillah kalau korang semua sihat. 

Btw, di mana aku sekarang? Yeap! Seperti tertera di POST TITLE tu. I'm in France!! Hari tu, on 5th Oktober 2013 aku depart from Malaysia. Setelah membekukan bontot selama 12 jam dalam flight, akhirnya sampai jugak di Paris, France on 6th October. It really IS a long journey. And ramai orang cakap that aku pasti mengalami masalah yang dipanggil "JET LAG" iaitu masalah menyesuaikan diri dengan cycle masa yang baru. BUT! The day before aku fly tu, aku tak tidur semalaman sebab siapkan last minute packing. So, dalam flight aku tidur and bila sampai France pagi tu.. Aku tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah.

Just for your info, aku bukan belajar di Paris. Geram bebenor aku. Ramai sangat yang like, "Belajar dekat Perancis? Paris ke?" Err.. TAK. Not in Paris. Sekarang aku belajar di pays (negara) France, region (negeri) FRANCHE-COMTE, departement (daerah) DOUBS, dan ville (bandar) BESANCON. Weee actually tempat aku ni lebih kepada countryside. Tapi hek eleh, countryside dia bukan kosong macam kita. Dah macam KL dah aku tengok. Hahah ok tu melampau. Tapi betul, banyak je benda kat sini.


Banyak je benda aku nak share tapi macam.. lain kali lah. Hahah. Nanti bila bila aku rajin aku sambung ah balik. Cerita sikit sikit pasal course apa yang aku ambil. Sponsor. Macam mana nak apply. Kehidupan di Perancis. What it looks like? Bla bla. Okeh? Hahha setakat ni tu je dulu. Babaiii :D

Bisous,
Mimoi.

STALK&FOLLOW