Thursday, September 5, 2013

Dihalau dari Kolej Cemara?

Assalamualaikum.

Hi hello korang. Dah lama kan aku tak update. Last hari tu awal bulan 7 sebab baru masuk Intec kan? Sekarang dah 2 bulan aku kat sini. Alhamdulillah setakat ni aku hidup lagi. Best jugak dok sini walaupun aku tak bergaul dengan orang. Apa taknya, kitorang punya program (Tindikan Bahasa Perancis) ada 16 pelajar je. Senior kitorang memang dah fly oktober tahun lepas. Kalau ikutkan, kitorang pun Insya Allah bulan oktober. Cuma buat masa ni, MARA belum inform apa apa. Elaun tak dapat lagi. BTN pun tak tahu bila. 

Ok takpe. Sabar.

Aku nak marah pun, apa je hak aku? Hahah. MARA yang bagi sponsor ke pinjaman bagai tu, aku pulak nak lebih lebih kan? Just follow the flow. Kalau dah ditentukan, then ada lah nanti. Dalam busy busy belajar bahasa Perancis je setiap hari, tiba tiba ada berita kurang enak.

Pindah dari Kolej Cemara ke Kolej Akasia?

Damn. Mengikut kami punya academic calendar, kami habis di Intec pada 27 September which is 20+ hari sahaja lagi. Dan mengikut kalendar personal aku, 23 September adalah tarikh keramat buat aku dan bakal suami, Kim Ki Bum. Sebab masa tu, kami punya joyeux anniversaire (birthday). Ok abaikan. 

Kisah dia, Blok 2 Kolej Cemara nak di upgrade 100%. So, untuk keselamatan dan keselesaan kami, penduduk blok tersebut perlulah bepindah ke Kolej Akasia. Kiranya bukanlah dihalau pun. Saja je nak bagi suspens. Hahah. Memang kalau ikutkan, Kolej Akasia jauuuhhh lebih cantik dan baru dari Cemara tapi disebabkan aku ada dalam 3 minggu je lagi kat Intec, bukankah leceh kalau aku pindah?

Badan aku pulak comel, kecik molek. Korang rasa larat ke aku nak punggah angkut semua barang yang banyak gila ni? Tapi apakan daya, terpaksa ikut. Kfine. Terima dengan ikhlas. So, Mimoi. HARUNGI HIDUP ANDA DENGAN KETABAHAN. :D


Tapi jangan risau. Alhamdulillah aku bahagia di sini :D

Love,
Mimoi.

No comments :

STALK&FOLLOW