Saturday, July 6, 2013

Well Hello INTEC

Emm hey. Actually aku dah sampai kat INTEC hari Ahad yang lalu which is 30 jun 2013. Aku daftar and dapat rumah di Kolej Cemara. And for your information, Cemara ni sebenarnya kolej untuk senior kaum Adam. Tapi ada dua blok disediakan untuk girls yang tak dapat muat di Kolej Akasia which is actually for girls.

Ok la... INTEC ni ada 3 kolej kediaman iaitu Akasia, Cemara, dan Cendana. Akasia untuk mahasiswi. Cendana untuk Junior Mahasiswa dan Cemara majoritinya Senior Mahasiswa. Kiranya aku ni macam sesat la sebab dibuang ke Cemara. Kahkah. Tapi takpe, Cemara pun Cemara lah sebab kalau ikut tempoh masa study aku kat INTEC, ada dalam 3 bulan je kot. Hohoh.

Kami, french language students semua kena stay kat Cemara. Wuwuuu sedihh. Sebab kawan kawan perempuan lain semua kat Akasia. Tapi yeah, takpe laa. Special sikit dok? Hahah btw, sana kan ramai abang abang. So... boleh la aku ushaa. Kahkahkah. Ok memang nak kena banned budak ni karang. Hehe JK. Jangan marah haa.

MDS
Minggu Destini Siswa ni adalah minggu orientasi. Banyak ura ura mengatakan bahawa MDS di UiTM sangat menyeksakan. Sampai aku takut nak gi INTEC. Hahah but believe or not, MDS INTEC sangat best.. tak macam UiTM. Heheh. Kami dilayan dengan sangat baik oleh senior senior PM. Tak senioriti langsung tapi secara automatik kami hormat mereka sebagai senior. Penat sikit tu biasalah, ada taklimat bagai. Btw, ni group aku, ACEPUM. Comel kan kami?

4 malam je aku berada kat INTEC tiba tiba hari Khamis dah dapat cuti sampai Ahad. Rabu pagi dah boleh balik rumah. Wow Ustaz ketua program kitorang bagi kami masa untuk selesaikan borang borang mara. Ye la.. MARA kan ada problem sikit ngan sistem online. Borang tawaran pun keluar lambat. Kitorang dah balik baru boleh access. Tapi Alhamdulillah, siap buat passport, medical checkup, tanda tangan saksi, cop majistret la apa semua. Banyakk sangat. Tsokay. Diharap Mimoi bersabar.

So, esok adalah hari yang 'dinanti' (Ahad 7 July). Aku naik bas dari Gua Musang ke Shah Alam. Isnin nanti dah start kelas rasanya. Tak pun ada perjumpaan program. Perghh selamat menempuh alam universiti yang sebenar ye Mimoi. Kalau takde masalah dan semua berjalan mengikut plan, Insya Allah kami akan fly ke France bulan 10 ni. Jadi, doakan aku dan rakan rakan seperjuangan aku agar berjaya. 

French Language Teacher on-the-go!

Love,
MImoi.

No comments :

STALK&FOLLOW