Friday, June 14, 2013

Kalau usaha sikit, jangan kecewa banyak.


Yeah. Betul. Aku rasa takde orang boleh menafikan perkara tersebut. Because,


Pernah tak korang usaha usaha usaha bagai nak kejang otot badan, tapi korang still tak berjaya. And tetiba, ada lah suara suara sumbang dalam kepala, "I'M NOT GONNA MAKE IT." "I'M A FAILURE" and so on. Ada tak? Mesti ada kan? Sebab apa yang boleh kita observe dalam kehidupan kita, terdapat beberapa kategori manusia dalam segmen USAHA/KEPUTUSAN :

  1. Usaha pagi petang siang malam ---> BERJAYA 
  2. Usaha pagi petang siang malam ---> GAGAL
  3. Usaha pagi petang siang malam ---> SO-SO
  4. Tidak berusaha ---> BERJAYA
  5. Tidak berusaha ---> GAGAL 
  6. Tidak berusaha ---> SO-SO
Betul tak? Kategori yang paling kesian adalah yang nombor 2 tuh. Hidup berasmara (ehh?).. Silap2. Hidup berASRAMA beri aku peluang untuk observe dengan lebih mendalam lagi tentang usaha seseorang individu. Contohnya,

Fazira pernah fail Add Math masa form 4 dulu, tapi dia tak pernah putus asa. Hari hari, dia akan buat latihan Add Math and selalu tanya pada cikgu kalau tak faham. SPM dia dapat A+ beb.
Usaha pagi petang siang malam ---> BERJAYA


Aku? Hahahahahahhaa (sebelum aku cerita, jom gelak dulu) hahhahahaha. Ok habis. Aku TAK PERNAH FAIL Add Math, tapi aku sangat sangat benci belajar Add Math. Bila aku tak faham, bukan nak tanya kat cikgu. Aku buat tak tahu je. Hehehe. The day before SPM Add Math tu, aku still nangis nangis sorang diri sebab aku rasa aku tak paham sepatah haram pun about that subject. Aku macam give up last minute. Tapi aku cuba paksa diri aku untuk belajar Add math dalam masa satu hari. Last last, result SPM dapat B+ for Add  Math. Emm okay~ SO-SO. 
Tidak berusaha ---> SO-SO

Sofea, aku rasa dia lah pelajar paling hardworking pernah aku jumpa on earth. Sangat rajin. Tak pernah tengok dia enjoy lepak lepak macam aku. Serious. Cuti 2 minggu punyalah rasa sekejap je time 2012 tu. Lagi lagi time tu aku gi Korea kan? Aku return to SESERI dengan hati yang berdarah. Tapi senang senang je Sofea cakap, "Boring gilaa kat rumah. Tak sabar nak balik sekolah sebab nak struggle gila gila untuk SPM ni" and I was like whaaaaaaaa? Homework untuk cuti pun aku tak sempat siapkan, ini kan dia sempat buat hundreds of revisions. TABIK SPRING. Btw, dia selalu fikir positif and tak pernah neglet any subject pun. Semua benda dia struggle. Tapi sayang, dia dapat 7A 2B just like me yang tak berusaha tu.
Usaha pagi petang siang malam ---> SO-SO


Benar. Rezeki di tangan tuhan. Allah adalah sebaik baik pemberi rezeki dan pertolongan. Aku pasti, Allah beri kejayaan yang berbeza kepada manusia bukanlah menunjukkan Allah itu tidak adil. 100% wrong. ALLAH MAHA ADIL :)

Apa yang sebenarnya aku nak sampaikan is, apa apa yang terjadi, HARD WORK is the most important key to success. Tak semua orang dilahirkan genius. Tak usaha tapi berjaya. Aku dengan bangganya mengaku yang aku tak belajar betul betul time SPM dulu. Semua orang tahu aku macam mana. Tak serious dan sangat pemalas. Namun, aku masih mengada ngada aim untuk dapat Straight A's. Jangan mengarut Mimoi. Akhirnya, bila aku dapat 7A, aku menangis seharian. KAHKAHKAH (gelak untuk diri sendiri).

That's the point! Ini la yang dikatakan Kalau Usaha Sikit, Jangan Kecewa Banyak. Dapat 7A pun dah kira beruntung sangat dah dengan usaha ciput macam tu. Kelakar kan? So, kawan kawan yang sama species macam aku tu. JOM! Let's change! Sempena 15 hari lagi nak daftar kat intec, aku kena ada minda yang super positive. Sebab tu aku tulis entri ni. Sekian.



Love,
Mimoi.

No comments :

STALK&FOLLOW