Sunday, May 26, 2013

They got Married

Assalamualaikum semua.


Sejak dua menjak ni aku macam agak sibuk sikit dengan kehidupan. Ecehh. Haha. Bukan sebab nak masuk U ke apa, tapi sebab busy dengan persiapan kahwin abang sulung aku, Mohd Faiz bin Yushalani. Padahal banyak yang kitorang tempah je, bukan buat sendiri pun. Cuma yang buat aku and family jadi busy jugak is, renovate rumah. Yes I know, bukan aku yang jadi tukang baiki rumah, tapi disebabkan banyak ubah suai berlaku, banyak jugak ke-bersepah-an berlaku. Pergh hypothesis accepted! 

Oleh itu, kenalah kemas kemas. Bukan sikit, BANYAKK MAA. Tambah bilik, tambah tandas, baiki electricity, baiki sistem paip, tukar siling, tambah dapur, tambah ruang tamu, tambah air-cond. Tu yang bab renovation. Yang bab kemas tak masuk lagi. Basuh langsir, cuci karpet (dobi je hihii), kemas ruang tamu, berus lantai, dan lain lain. FUHH. Walaupun aku superwoman, tapi aku masih anak dara awesome. Takde lah tolong banyak sangat. Letih sikit rehat. Letih sikit stop. Time makan, makan. Hahahhahahahahaha ok teruk bebenor.

25 Mei 2013, abang aku akhirnya bergelar seorang suami dengan 1 kali lafaz. Satu kali lafaz tu kira miracle lah jugak. Tau kenapa? Abang aku yang biasanya act cool je depan aku, akhirnya muka pucat macam apa ntah masa nak akad nikah tu. Haha. Bak kata sepupu aku, "Muka yang dah asal putih jadi lagi putih" So, bila dah sekali lafaz tu, semua orang macam ALHAMDULILLAH. Good job, man. Chwaha. 1 Jun nanti, majlis kat rumah aku pulak. Tapi rumah masih belum 100% ready. Agak scary lah jugak. 

Apa apa pun, Tahniah buat abang dan kakak ipar aku. The newly-weds (ehh betul tak istilah aku ni?) SELAMAT PENGANTIN BARU. Sepasang spouse sudah wujud, aku... bila lagi? Haaa korang doakan lah aku cepat cepat jumpa Key nanti ye? Kekekeke. 


Konklusinya, my dad terpaksa tangguh janji dia pada aku, which is belikan Samsung Galaxy S4 untuk aku sebab sudah terlalu banyak fulus habis untuk renovate rumah. But yeah, I understand this situation. Ada masa sesuai, fulus bertambah, aku beli lah. Hahaha.

No comments :

STALK&FOLLOW