Monday, May 13, 2013

PLKN Full Story

*AMARAN. Very long yet interesting entry*


Hello baybeh. Whaddup? Assalamualaikum semua. Today, Imma story mory about my life in Kem PLKN Padang Kacong, Marang, Terengganu. Or should I say, National Service? Heee. 

Okay let's just start from the very first day.
Mula mula aku pergi ke satu tempat berkumpul untuk semua bakal pelatih PLKN dari Kuala Krai. Fyi, pakai baju bebas. And kat sana ada banyak bas PLKN. Dalam keadaan hujan renyai, I registered myself and yeah get into the bus. Weee rindu nak naik bas PLKN sebab bas dia sangat selesa. Start dari rumah sampai la kem, aku rasa gugup yang tahap kritikal. Tapi yang paling interesting, dalam bas ada lagu BTOB - Lover Boy. Fulamak nyanyi sakan la aku dalam tu sebab aku hafal lirik. Ngahaha. OK. Bila sampai kem, daftar kat sana pulak and I got into Delta Company. There are 4 companies in each camp. Alpha, Bravo, Charlie, Delta. Every pelatih ada nombor indeks sendiri. Aku, DGP09.
D= Delta. G= Dorm G. P= Perempuan.

Disebabkan ada 3 hari pendaftaran PLKN, and aku daftar pada hari pertama, ketiga2 hari tersebut aku masih dapat pegang aku punya handphone. Tiba hari keempat, nonono. Kena serah handphone. Aku ingatkan aku homesick. Tapi Alhamdulillah, pengalaman aku dok Seseri selama 2 tahun buat aku tak rindu rumah pun, seriously. So, agak pelik tengok ada orang menangis bila nak serah handphone. Haha. Ok mimoi bajet tak sedih.



The fourth day, The Real PLKN begins! Kitorang start dengan kelas. Mula mula, kelas Pembinaan Karakter. In the class, you'll be divided into groups. Maybe 10 to 12 persons per group. Well y'know, this is the moment when you can do ice breaking by yourself. Know your teammates coz you're gonna be with them dalam 1 week je. Minggu depan, kelas or group maybe ditukar and you won't see your friends anymore. Jumpa kawan baru pulak. It's great sebenarnya sebab korang dapat kenal ramai orang tak kira lelaki atau perempuan. Ada orang tegur, kenapa aku nampak pucat dalam kelas. Well actually, being in all girls school buat aku rasa awkward dengan lelaki. Ramai lelaki kata aku garang sebab tak pernah senyum. Tapi aku sangat mesra dengan girls. Maaf but I think it's better like that kan? Bila dah lama baru aku  dapat kawan ngan diorang.

Apa yang best kat PLKN?

1) You can show the other you.
Kat kem, boleh dikatakan 99% orang tak kenal siapa kau. Macam aku, to be honest, kat SESERI dulu aku sangat pasif. Aku tak pernah jadi volunteer kalau kena tayang muka depan orang tak kisah la cikgu atau pelajar. Sampailah kat kem, Cikgu Nurul (cikgu kompeni) tanya, "Siapa pernah kawad?" Aku angkat je la tangan. Tapi nak jadikan cerita, cikgu panggil budak2 yang angkat tangan ni datang ke depan and disuruh bagi command. And I was like "Whaaaaaaaaaaaat? Seriously???? HERE??? In front of theeeese people?" Haihh, no choice. I tried ma best. "BARISSSSS! BARISSSS SEDIAAA!!" And cikgu macam, "Ok lah, awak jadi ketua company delta". Hehhh? Jangan bergurau? Mimoi, jadi ketua? Tak pernah nak pimpin orang, tiba tiba jadi ketua terus. Tapi after I called my parents, they were like, "Teruskan. Berani lah sikit. Kan Mimi dah besar?" So, aku teruskan. Siap ada tapisan dengan Kem punya Komandan lagi sebab tercalon top3 jadi Penghuluwati tapi sayang, aku tak terpilih. Sebab? Kawad, ok. Suara, ok. Hentak kaki? Bunyi cam kentut. So, sesiapa yang nak jadi Penghuluwati, pastikan anda mahir hentak kaki. Biar bunyi TAPPP sikit. Baru cool. Hahah.
Dua balak je atas bahu.

2) Menembak.
Satu hari, ada askar datang ke kem, ajar sedikit sebanyak tentang senapang yang dikenali sebagai M-16. And another day, pergi ke tempat menembak and tembaklah betul betul. Mula-mula memang terasa takut tapi selepas 30 das tembakan, rasa macam tak cukup pulak. Sangat puas hati. Setiap orang ada askar yang jaga kat tepi. Siapa dapat askar garang, nasib ah. Hahaha. And penembak terbaik akan dapat sijil khas. Fulamak jeles. Aku biasa biasa je.

4) Kawad.
Maybe dalam seminggu, korang akan ada beberapa hari untuk berlatih kawad. Memang panas sebab berlatih dalam pukul 2PM - 4PM dan berpakaian Full Loreng (which is baju yang sangat tebal). Yang pitam pun ada. Cuma.... aku ada tragedi berkaitan kawad. Wirawati Delta kat kem aku adalah yang paling bagus dalam kawad. Bila nak bertanding, semua orang target nak kalahkan kitorang. Mula-mula kitorang yakin sangat boleh menang. Yalah, dengan ada Ketua Platun macam aku, lagi lah kan? *ok puihh ini semua poyo* Namun, mungkin disebabkan kitorang over-confident, prestasi kitorang jatuh day by day. Until the competition day, kitorang buat kesalahan yang SANGAT TAK PATUT. As the result, kitorang dapat nombor 3. Apa lagi, semua orang menangis lah weii. Takpe lah. Bukan rezeki nak buat camano?

5) You can make new friends
Ini memang best. Kat kem, jangan lah jadi kera sumbang je. Bergaul lah dengan semua orang and jangan buat perangai. Tak payah nak jadi hot stuff kem ke ape. Tak perlu jadi famous dengan cara yang tak betul. Tak payah jadi famous langsung pun takpe sebab ia sangat menyusahkan. Seryes. Bila aku dah kenal ramai pelatih, hari hari aku kat kem semakin best. Btw, mereka kawan-kawan aku. Sama dorm. I miss you guys.


6) Malam kebudayaan
Setiap kem MESTI buat malam kebudayaan atau lebih tepat, Malam Perpisahan. Masa ni lah korang nak tonjolkan diri korang buat kali terakhir. Yeah, buat pengetahuan semua, aku kan penari SESERI dulu kan, so mesti lah malam last tu aku buat persembahan tarian. And you know what, from A-Z aku yang ajar choreography. Aku ingatkan cikgu nak ajar, tapi nak bagi senang, dia suruh sesape pernah menari je yang ajar. Mujurlah aku ingat step MEGA ZAPIN Citrawarna 2011 dulu. Aku buat yang tu je lah. Thanks Abang Belalang, Abang Nyot dan Kak Eva sebab ajar saya tarian tu. Heeee.


7) Cikgu dan sarjan yang baik
Faktor ni sangat membantu aku hidup di PLKN dengan lebih happy. Aku ingatkan masuk PLKN ni kena layan macam askar tapi sebenarnya tak pun. Jurulatih2 kat sana sangat sporting. And mengikut pemerhatian aku, Cikgu lelaki rapat dengan pelatih perempuan and cikgu perempuan rapat dengan pelatih lelaki. Sangat sangat tak pelik. Memang itu realiti. Tapi tak semestinya kalau camtu, cikgu perempuan layan kitorang dengan jahat. Kitorang dapat cikgu kompeni yang best best. Siap bagi aku pinjam novel lah ape lah semua benda. Sangat baik :)


8) Berenang.
Hihih. Kalau dulu dulu, if korang pernah dengar, PLKN ada latihan kayak and even pertandingan. But tahun kitorang (2013) dah takde lagi dah aktiviti air dekat sungai or kolam etc disebabkan faktor keselamatan. So, sebagai ganti, kitorang pergi ke kolam renang yang sangat cantik untuk belajar berenang. Sampai cramp kaki aku. Hahah. Tapi best sangat. (Y)

9) Maybe you can meet a TRUE FRIEND
Yes I found one. Tak sangka. Persahabatan aku dengan dia selama 3 bulan ni, buat aku rapat yang sangat sangat rapat maybe lebih rapat daripada kawan kawan yang aku kenal bertahun tahun lamanya. 24 jam setiap hari kat kem, mana ada aku mesti ada dia. Sampai orang pelik kalau tengok aku jalan sorang. Orangnya, cantik, pandai, budak TKC. Aimi Zahirah namanya. I ♥ you always :D


10) Aktiviti tali tinggi
Antara aktiviti paling dinanti pelatih PLKN. Kitorang buat Flying fox. BEST SANGAT!

11) Perkhemahan
Kitorang buat perkhemahan dalam kawasan kem je. Tak tahu kenapa dia tak buat kat luar. Tapi dalam kem pun best. Kitorang kena buat khemah guna kayu dan kain baju hujan je, ok? Rindu saat saat masak sama sama pada waktu senja dengan tent-mate. And paling best, cikgu tak marah pun kalau kitorang tak tidur. Aku tidur pukul 11 and bangun dalam pukul 12 sebab terlampau sejuk. Guess what, kitorang nyanyi sambil tengok bintang and buat unggun api. Disebabkan lapar, kitorang masak maggi at 2AM!! Malay, Chinese, semua ada. Sangat best. Aww rinduu.

12) Dapat keluar
Semua orang suka bila part keluar ramai ramai naik bas sama sama. Tak kira lah, untuk aktiviti kemasyarakatan atau pertandingan. Tak ramai yang boleh keluar banyak kali. Tapi tuah menyebelahi aku. Aku dapat keluar ke semua aktiviti luar kem. Heheh.
Perarakan Maulidur Rasul untuk pemegang pangkat.

13) Have a new scandal
This is not something good. Don't chu ever terlibat dengan scandal di PLKN. Kawan takpe. Tapi jangan sesekali nak try Kapel Kontrak ke ape. Tak cool pun kapel kat kem. And JANGAN PERCAYA LELAKI ATAU PEREMPUAN DI PLKN (Sweet talkers). Jangan! Nanti korang jugak yang patah hati nanti.

14) Sunburn + Experience
Pergi PLKN tak sah tak sunburn. Jjinja! Tapi untuk dapat pengalaman yang sangat sangat berharga buat seumur hidup korang ni, tak perlulah korang kisah pasal sunburn yang tak kekal tu. Berkorban lah. Ecehh dulu aku yang takut sunburn. Sekarang bila dah putih sikit, bajet. Ngahaha. Apa-apa pun PLKN is the best CAMP everrr. Kalaulah boleh undur masa, aku sanggup lalui PLKN sekali lagi.












p/s: Aku harap entri ni berguna buat bakal bakal pelatih PLKN yang masih takleh terima kenyataan yang dia akan join PLKN. (Just like me dulu)

Love,
Mimoi.

No comments :

STALK&FOLLOW