Friday, November 1, 2013

Program Tindikan Bahasa di INTEC?

4 사랑
Hi hello.
Assalamualaikum tout le monde.


Disebabkan aku pernah berjanji untuk tulis pasal course aku and kebetulan ramai bebenor yang tanya berkaitan program yang aku ambik ni, jadi hari ni aku tulis dan explique (explain) about Tindikan Bahasa Perancis.

So, let's begin! Tapi apa yang korang nak tahu kan? Hmmm... D'accord (alright). I'll brief:

Program Tindikan Bahasa (Perancis)

Tindikan Bahasa? What's that?
  • Okay. Untuk orang yang betul betul tak tahu. Tindikan di sini bermaksud, anda dah ditindik atau dalam erti lain, ditanda oleh MARA untuk berkhidmat dengan MARA setelah habis belajar nanti for at least 5 years (mengikut kontrak aku). 
  • Berkhidmat sebagai? TENAGA PENGAJAR. Tindikan = Guru. Yes, but who knows where you'll be working at. It could be MRSM ataupun other institusi under MARA, dalam negara atau luar negara.
  • Nak dipendekkan, Tindikan Bahasa Perancis adalah untuk bakal bakal guru Bahasa Perancis. :)
  • Siapa siapa yang tak minat nak berhadapan dengan pelajar, tak payah ambik kos ni.

Program ini dibawah tajaan MARA.
  • It means that, sesiapa yang betul betul berminat dengan course ni, anda bolehlah apply melalui online application yang dibuka oleh MARA beberapa hari selepas result SPM dikeluarkan.
  • Basically, program ni untuk pelajar lepasan SPM lah. And aku tak sure if lepasan Matriks or STPM boleh apply juga. Or maybe you guys nak guna result SPM korang kan. I really have no idea. Maaf.
  • Yang pasti, minimum qualification dia is, you achieved at least 7A 2B in your SPM.

Belajar di INTEC dan di negara 'bahasa yang korang ambil'.
  • Setakat yang aku tahu, program Tindikan Bahasa ni hanya ditawarkan di INTEC je. Who knows lepas ni institusi lain pun ada kan. Tanya ah MARA kalau nak tahu. hahah.
  • Kalau Tindikan MARA yang lain seperti Tindikan Bio, Tindikan Fizik etc.. bukan dekat INTEC.
  • Bila dengar je INTEC (INTEC Education College, Shah Alam), secara automatiklah korang tahu yang korang akan belajar di luar negara.*
  • If korang ambik Bahasa Perancis, then you'll be studying in France. If Bahasa Jerman, then Germany ah. Antara bahasa2 yang ada are; French, German, Spanish, Japan.
  • Oh one more thing. IMPORTANT. Disebabkan permohonan tindikan bahasa asing ni kurang mendapat sambutan, probably, korang dapat Scholarship dari MARA cuma korang tak dapat korang punya pilihan. Seperti kisah aku --> KLIKSINI
Contoh dokumen yang akan dikeluarkan oleh MARA nanti sebagai rujukan.

Tajaan MARA ni pinjaman atau full sponsorship?
  • Generally, walaupun dikenali sebagai tajaan, tapi sebenarnya it's a pinjaman boleh ubah (korang kena bayar balik mengikut result korang)
  • BUT! Untuk pelajar program Tindikan MARA, no need to pay back. Why? Sebab korang ada kontrak 5 tahun dengan MARA. Kiranya, korang bayar balik pinjaman MARA dengan cara bekerja dengan MARA. Arasso?


*Sebab ada orang tak tahu bahawa INTEC adalah institut pengajian untuk pelajar pelajar yang akan menyambung pelajaran di luar negara. hihihi

Sejak form 4, mungkin sebab sekolah sains, aku takut untuk fikir cita-cita lain yang takde kaitan dengan science. Padahal dari dulu lagi aku fikir nak jadi Lecturer Bahasa Arab, nak ambil TESL etc. Cuma nasib tak memihak pada aku sebab dekat SESERI takde Bahasa Arab. Ahh tant pis. Sekarang, Alhamdulillah. Perancangan Allah adalah yang terbaik.

I think setakat ni, that's all kot. Apa apa yang korang nak tanya, silakan. Aku akan jawab selagi soalan tu tak sesusah SPM dulu (dan takde kaitan denga Science). Chwaha.

Bisous,
Mimoi.

Friday, October 18, 2013

I'm in France!

0 사랑
Hi hello.
Assalamualaikum people!


Setelah sekian lama. Huh akhirnya aku merajinkan diri menekan punat punat keyboard ni. Hahah. Hmm wait, bila last post aku eh? (jap nak check). Ahh Friday, September 13, 2013. D'accord (Alright). Agak lama la kot. Sebab hari ni dah Oktober 20. Means sebulan lebih la aku dah membisu. Well, how are you guys? Okay? Bagus, Alhamdulillah kalau korang semua sihat. 

Btw, di mana aku sekarang? Yeap! Seperti tertera di POST TITLE tu. I'm in France!! Hari tu, on 5th Oktober 2013 aku depart from Malaysia. Setelah membekukan bontot selama 12 jam dalam flight, akhirnya sampai jugak di Paris, France on 6th October. It really IS a long journey. And ramai orang cakap that aku pasti mengalami masalah yang dipanggil "JET LAG" iaitu masalah menyesuaikan diri dengan cycle masa yang baru. BUT! The day before aku fly tu, aku tak tidur semalaman sebab siapkan last minute packing. So, dalam flight aku tidur and bila sampai France pagi tu.. Aku tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah.

Just for your info, aku bukan belajar di Paris. Geram bebenor aku. Ramai sangat yang like, "Belajar dekat Perancis? Paris ke?" Err.. TAK. Not in Paris. Sekarang aku belajar di pays (negara) France, region (negeri) FRANCHE-COMTE, departement (daerah) DOUBS, dan ville (bandar) BESANCON. Weee actually tempat aku ni lebih kepada countryside. Tapi hek eleh, countryside dia bukan kosong macam kita. Dah macam KL dah aku tengok. Hahah ok tu melampau. Tapi betul, banyak je benda kat sini.


Banyak je benda aku nak share tapi macam.. lain kali lah. Hahah. Nanti bila bila aku rajin aku sambung ah balik. Cerita sikit sikit pasal course apa yang aku ambil. Sponsor. Macam mana nak apply. Kehidupan di Perancis. What it looks like? Bla bla. Okeh? Hahha setakat ni tu je dulu. Babaiii :D

Bisous,
Mimoi.

Friday, September 13, 2013

WORD OF THE DAY - CRUSH

0 사랑
Korang tahu kan pasal video "Sore eyes" or "Budak Couple Seminggu"? And yang terbaru korang tengok tak "Saya Crush Mikhail Isaaq"? Kalau korang jenis layan benda benda tak berapa cerdik tu, tahu lah kot. Hahah aku pun tengok jugak. Dah orang suruh tengok. Aku tengok lah. Tapi kalau korang tanya siapa Mikhail Isaaq, aku akan cakap yang aku pun tak tahu. Hahah. Maybe dia orang hot FB or Twitter. Ntah, aku tak tahu. Aku tak follow. 

Kat sini, aku bukan nak buruk burukkan budak yang upload video tu ke apa. Cuma aku nak betulkan sedikit kesilapan dia. Bukan kesilapan dari segi meng-upload video sebegitu. Tetapi nak betulkan grammar. hahah. Bukan pula nak berlagak pandai, tapi itu je yang aku nampak dari video dia.

Selama ni, aku punya bodoh percaya yang Mikhail Isaaq suka perempuan tu. Sebab dia cakap "Saya crush Mikhail Isaaq" dan juka ditranslatekan dia akan jadi "I'm Mikhail's crush". Tapi lama lama baru dapat tahu yang dia suka Mikhail. Hahah. Puih. Aku punya la cakap, "Perasan gila minah ni ada orang suka dia" tapi sebenarnya aku yang perasan. Kahkah. Rupa rupanya dia buat direct translation, "I crush Mikhail Isaaq". Still, tu pun tak betul. -_- hahah.

WORD OF THE DAY - CRUSH

Meaning: a burning desire to be with someone who you find very attractive and extremely special.

Memang crush ni boleh dikatakan sejenis perasaan. Contoh, LOVE. "Love" boleh digunakan dalam ayat seperti ini,

I LOVE YOU. (Saya cinta awak)
Unfortunately, CRUSH tak boleh diganti dengan LOVE. Contohnya,

I CRUSH YOU.  
Gosh it's not right. Dia boleh beri maksud, I BEAT YOU. Hahaha. So, kalau nak guna CRUSH, gunakan betul betul.

I GOT A CRUSH ON MIKHAIL ISAAQ, for example.
Konklusinya, sebelum nak buat video pelik pelik... pastikan grammar betul. Ada faham? Hehe



bisous,
Mimoi. 

Thursday, September 5, 2013

Dihalau dari Kolej Cemara?

0 사랑
Assalamualaikum.

Hi hello korang. Dah lama kan aku tak update. Last hari tu awal bulan 7 sebab baru masuk Intec kan? Sekarang dah 2 bulan aku kat sini. Alhamdulillah setakat ni aku hidup lagi. Best jugak dok sini walaupun aku tak bergaul dengan orang. Apa taknya, kitorang punya program (Tindikan Bahasa Perancis) ada 16 pelajar je. Senior kitorang memang dah fly oktober tahun lepas. Kalau ikutkan, kitorang pun Insya Allah bulan oktober. Cuma buat masa ni, MARA belum inform apa apa. Elaun tak dapat lagi. BTN pun tak tahu bila. 

Ok takpe. Sabar.

Aku nak marah pun, apa je hak aku? Hahah. MARA yang bagi sponsor ke pinjaman bagai tu, aku pulak nak lebih lebih kan? Just follow the flow. Kalau dah ditentukan, then ada lah nanti. Dalam busy busy belajar bahasa Perancis je setiap hari, tiba tiba ada berita kurang enak.

Pindah dari Kolej Cemara ke Kolej Akasia?

Damn. Mengikut kami punya academic calendar, kami habis di Intec pada 27 September which is 20+ hari sahaja lagi. Dan mengikut kalendar personal aku, 23 September adalah tarikh keramat buat aku dan bakal suami, Kim Ki Bum. Sebab masa tu, kami punya joyeux anniversaire (birthday). Ok abaikan. 

Kisah dia, Blok 2 Kolej Cemara nak di upgrade 100%. So, untuk keselamatan dan keselesaan kami, penduduk blok tersebut perlulah bepindah ke Kolej Akasia. Kiranya bukanlah dihalau pun. Saja je nak bagi suspens. Hahah. Memang kalau ikutkan, Kolej Akasia jauuuhhh lebih cantik dan baru dari Cemara tapi disebabkan aku ada dalam 3 minggu je lagi kat Intec, bukankah leceh kalau aku pindah?

Badan aku pulak comel, kecik molek. Korang rasa larat ke aku nak punggah angkut semua barang yang banyak gila ni? Tapi apakan daya, terpaksa ikut. Kfine. Terima dengan ikhlas. So, Mimoi. HARUNGI HIDUP ANDA DENGAN KETABAHAN. :D


Tapi jangan risau. Alhamdulillah aku bahagia di sini :D

Love,
Mimoi.

Saturday, July 6, 2013

Well Hello INTEC

0 사랑
Emm hey. Actually aku dah sampai kat INTEC hari Ahad yang lalu which is 30 jun 2013. Aku daftar and dapat rumah di Kolej Cemara. And for your information, Cemara ni sebenarnya kolej untuk senior kaum Adam. Tapi ada dua blok disediakan untuk girls yang tak dapat muat di Kolej Akasia which is actually for girls.

Ok la... INTEC ni ada 3 kolej kediaman iaitu Akasia, Cemara, dan Cendana. Akasia untuk mahasiswi. Cendana untuk Junior Mahasiswa dan Cemara majoritinya Senior Mahasiswa. Kiranya aku ni macam sesat la sebab dibuang ke Cemara. Kahkah. Tapi takpe, Cemara pun Cemara lah sebab kalau ikut tempoh masa study aku kat INTEC, ada dalam 3 bulan je kot. Hohoh.

Kami, french language students semua kena stay kat Cemara. Wuwuuu sedihh. Sebab kawan kawan perempuan lain semua kat Akasia. Tapi yeah, takpe laa. Special sikit dok? Hahah btw, sana kan ramai abang abang. So... boleh la aku ushaa. Kahkahkah. Ok memang nak kena banned budak ni karang. Hehe JK. Jangan marah haa.

MDS
Minggu Destini Siswa ni adalah minggu orientasi. Banyak ura ura mengatakan bahawa MDS di UiTM sangat menyeksakan. Sampai aku takut nak gi INTEC. Hahah but believe or not, MDS INTEC sangat best.. tak macam UiTM. Heheh. Kami dilayan dengan sangat baik oleh senior senior PM. Tak senioriti langsung tapi secara automatik kami hormat mereka sebagai senior. Penat sikit tu biasalah, ada taklimat bagai. Btw, ni group aku, ACEPUM. Comel kan kami?

4 malam je aku berada kat INTEC tiba tiba hari Khamis dah dapat cuti sampai Ahad. Rabu pagi dah boleh balik rumah. Wow Ustaz ketua program kitorang bagi kami masa untuk selesaikan borang borang mara. Ye la.. MARA kan ada problem sikit ngan sistem online. Borang tawaran pun keluar lambat. Kitorang dah balik baru boleh access. Tapi Alhamdulillah, siap buat passport, medical checkup, tanda tangan saksi, cop majistret la apa semua. Banyakk sangat. Tsokay. Diharap Mimoi bersabar.

So, esok adalah hari yang 'dinanti' (Ahad 7 July). Aku naik bas dari Gua Musang ke Shah Alam. Isnin nanti dah start kelas rasanya. Tak pun ada perjumpaan program. Perghh selamat menempuh alam universiti yang sebenar ye Mimoi. Kalau takde masalah dan semua berjalan mengikut plan, Insya Allah kami akan fly ke France bulan 10 ni. Jadi, doakan aku dan rakan rakan seperjuangan aku agar berjaya. 

French Language Teacher on-the-go!

Love,
MImoi.

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu 2013

0 사랑
Malaysian Haze (2013)
Assalamualaikum everyone. Dah lebih a week kan jerebu kat Malaysia ni? Wow. I don't know what to say sebab ini bukan kali pertama tapi dah berkali-kali dah jerebu ni berlaku kat Malaysia. Tak sure la if jerebu sebelum ni ada libatkan Singapore atau tak but tahun ni Singapore pun mengalami nasib yang sama macam kita. Dah sepupu kan, mesti dapat effect sama. Hihi.
Singaporean Haze (2013)
Singapore still looks awesome during haze. I don't know why. Maybe because Singapore's got that AURA. Ommmm (yoga) hahah. And seperti yang korang semua dah maklum, jerebu tahun ni terjadi sebab ada pembakaran hutan secara terbuka kat Indon (lebih kurang je dengan sebelum ni). Look at the hot spot (titik panas). Kawasan tu lah yang menyebabkan jerebu kan?

Anyway, during haze, korang semua mestilah jaga kesihatan masing masing ok? Maybe kita tengok macam kabus je, but ini KABUS BERBISA, okay? Sekali sedut udara kotor ni, banyak kesan pada tubuh badan kita. Tak kira lah human being ke, animals.. asalkan LIVING THINGS.

HOW TO STAY HEALTHY DURING HAZE?

  1. Close all your windows and doors tightly when the PSI is high.
  2. Wear a face mask outdoors (IMPORTANT)
  3. Drink a lot of water to stay hydrated
  4. Wash your face and hands regularly
  5. Switch on the AC while driving
  6. Pray to Allah (hoping everything's gonna be alright)

So, take care semua :)

Love, 
Mimoi.

Thursday, June 20, 2013

Wanita mata duitan?

0 사랑
WANITA SUKA LELAKI KAYA?



If you're a woman, korang nak kahwin dengan lelaki yang kaya atau yang miskin? Ok maybe that sounds a bit too contrast. Hmm korang nak lelaki yang berduit atau yang kurang duit? If you ask me, I would say yang BERDUIT. But it's not because I'm a girl with a pair of money eyes (mata duitan hahah). I'm just a woman who wanted to be happy and doesn't need to worry about money after marriage.

I don't care if my future husband tu berasal dari keluarga yang miskin. Seryes tak. Or would you?? Hahah. This is because I want a husband who makes money, not a guy who collects money from his parents. It means, wanita mahukan lelaki yang berkerjaya. Betul tak? After dah kahwin, korang mesti nak hidup dengan suami for the rest of your life, not with his parents! It makes sense, right?

That's why kalau you girls nak cari bakal suami, carilah masa belajar di IPT or maybe after korang dah bekerja. Sebab, masa zaman sekolah is not a lovey-dovey time. Adik adik belajar lah dulu betul betul. Tak perlu sibuk pasal cinta bagai. Tak kemana pun. Mungkin ada yang sampai ke jinjang pelamin kan? Tapi JARANG BERLAKU. 

And kepada LELAKI LELAKI di luar sana, sila lah belajar betul betul. Mungkin masa korang kecik atau darah muda ni, korang suka main main and have fun. However, tolong utamakan pelajaran anda dulu. Kerana tahap pelajaran anda hari ini menentukan kerjaya anda pada hari esok. Tak percaya? Cuba tanya doktor doktor or engineer or sewaktu dengannya if diorang tak fokus pada pelajaran dulu. TAKDE.

Aku bukan apa. Ada beberapa hari yang lepas, ada kenalan (lelaki) contact aku dan mintak tolong aku cari tempat untuk dia belajar. SPM dia kureng and UPU tak dapat. Aku tanya dapat Form 6 tak? Dia cakap dapat tapi taknak. "WHAT THE HELL ARE YOU THINKING BRO?". Janganlah memilih sangat. Dah la taknak STPM, lepas tu dia nak masuk iptA. Taknak yang swasta, nak kerajaan. Haishh. Sekarang ni tak tahu la dia nak belajar kat mana. Jangan buat macam ni, please. Jangan menyesal kemudian hari.

Yeap. Jangan menyesal nanti korang dah kahwin nanti. Masa tu lah korang nak compare, kawan aku kerja kat pejabat. Aku kat jalanan je etc. Nak bagi anak bini makan apa? Pasir? Tak, kan? Girls boleh la dimaafkan. Kalau dia tak kerja pun, dia boleh jadi suri rumah mithali. Bak kata orang, belajar tinggi tinggi pun ke dapur jugak. Tapi seeloknya perempuan pun belajar la. Sebab kita tak tahu masa depan macam mana. Apa apa pun boleh berlaku. Mungkin perlu duit? kecemasan ke ape. Lelaki nak jadi suri rumah? Takkan lah~

Jadi, jom lah kita belajar betul betul. Jangan fikir nak bergumbira berfoya foya sekarang je. Fikirlah masa depan anda. Sesungguhnya, wanita bukanlah mata duitan. Tapi mereka sangat risaukan masa depan keluarganya. Sekian daripada perempuan yang takde pengalaman. 


Love,
Mimoi.

Wednesday, June 19, 2013

True Story: Drew Peterson

1 사랑
Ok well. This is Drew Peterson. Do you know who the hell is this guy? I'll tell you. Before that, aku dapat tahu pasal ni pun sebab beberapa hari yang lepas aku ada tengok movie "Drew Peterson: Untouchable" and it is based on true story. Aku memang suka la bab bab true story kann. And movie ni di released tahun 2012. But case ni sebenarnya berlaku dalam tahun 2003 - 2007 but still tak selesai lagi until now.

Korang rasa siapa sebenarnya lelaki ni? Actually, he's a police officer. Nak tahu kisah dia? Ok let's just begin. Drew Peterson ni seorang yang selalu gagal dalam perkahwinan. Currently (2003) he's married to Kathleen (his third wife). But at the same damn time, dia curang kat isteri dia dengan perempuan yang jauh lagi muda dari dia, Stacey. Maybe she's 19 kot masa tu. Entah macam mana Si Stacey tu boleh fall for him. Haihh 'They say love is blind. Oh baby you're so blind."

Bila Kathleen dapat tahu tentang diorang, Kathleen terus ceraikan suami dia. (Orang putih ni memang normal kalau bini yang ceraikan suami. Tak macam kita, orang Islam. Suami je dapat ceraikan bini kan? Hahah) But Drew lagi happy sebab boleh cerai ngan isteri dia sebab dia dah lama bosan dengan bini dia, rasanya. Tak lama kemudian, Drew terus kahwin dengan Stacey tanpa fikir perasaan Kathleen. Lagi pun time tu Stacey dah melahirkan anak dia yang pertama. (Anak Drew).

Tak lama kemudian, Kathleen didapati meninggal dalam waterless bathtub kat rumah dia. Drew disyaki tapi siasatan menyatakan kematiah Kathleen tu cuma satu kemalangan. So, kes tu habis camtu je. Tapi malam sebelum kematian tu, Stacey ada tersedar dari tidur and tersedar yang suami dia takde kat katil. Bila dia turun downstairs, dia nampak Drew basuh baju pagi pagi buta. So, Stacey tanya dia:

Stacey: Where'd you go?
Drew: You know where... *smiles*
Stacey pujuk diri dia yang Drew tak bunuh Kathleen. So, dia rahsiakan apa yang dia nampak malam tu. But as time passes, hubungan Drew dengan Stacey semakin renggang sebab Drew bersikap terlalu mengongkong. Maklum lah bini hot, so dia takut bini curang. Stacey pun dah tak tahan lagi, so dia mintak Drew ceraikan dia. Unfortunately, Drew ugut nak bunuh Stacey if she's still asking about divorce. Disebabkan takut yang teramat, Stacey pergi mengadu kat paderi and ceritakan pasal Drew bunuh Kathleen.

Pada suatu hari (2007), Stacey Peterson hilang dan tak dapat dihubungi oleh ahli keluargaa. When her relatives tanya Drew, dia cakap Stacey dah lari dengan boyfriend dia. Tapi Drew watlek je. Semua orang risaukan Stacey, tapi Drew tak kisah langsung. Oleh sebab tu, kakak mendiang Kathleen bukak balik kisah kematian Kathleen and cuba beritahu yang Kathleen dibunuh, bukannya kemalangan. Kebetulan, Stacey punya paderi bagitahu polis apa info yang dia dah dapat dari Stacey. Akhirnya, Drew didakwa bersalah kerana membunuh Kathleen dan dikenakan penjara 60 tahun. 

So yeah.. sampai situ sajaa. Kes Kathleen dah selesai. Tinggal Stacey je. Apa benar dia lari dengan boyfriend atau ini semua disebabkan Drew? Ada saksi mengatakan, yang dia telah membantu Drew Peterson mengalihkan beberapa container berwarna biru ke dalam sebuah kenderaan dan mengesyaki one of the containers tu ada mayat Stacey. Adakah Drew bunuh dia ataupun sembunyikan dia di tempat lain? Wallahua'lam. Sekarang dah tahun 2013 tapi kewujudan Stacey masih menjadi tanda tanya. Where is Stacey Peterson?


Love,
Mimoi.

Friday, June 14, 2013

Kalau usaha sikit, jangan kecewa banyak.

0 사랑

Yeah. Betul. Aku rasa takde orang boleh menafikan perkara tersebut. Because,


Pernah tak korang usaha usaha usaha bagai nak kejang otot badan, tapi korang still tak berjaya. And tetiba, ada lah suara suara sumbang dalam kepala, "I'M NOT GONNA MAKE IT." "I'M A FAILURE" and so on. Ada tak? Mesti ada kan? Sebab apa yang boleh kita observe dalam kehidupan kita, terdapat beberapa kategori manusia dalam segmen USAHA/KEPUTUSAN :

  1. Usaha pagi petang siang malam ---> BERJAYA 
  2. Usaha pagi petang siang malam ---> GAGAL
  3. Usaha pagi petang siang malam ---> SO-SO
  4. Tidak berusaha ---> BERJAYA
  5. Tidak berusaha ---> GAGAL 
  6. Tidak berusaha ---> SO-SO
Betul tak? Kategori yang paling kesian adalah yang nombor 2 tuh. Hidup berasmara (ehh?).. Silap2. Hidup berASRAMA beri aku peluang untuk observe dengan lebih mendalam lagi tentang usaha seseorang individu. Contohnya,

Fazira pernah fail Add Math masa form 4 dulu, tapi dia tak pernah putus asa. Hari hari, dia akan buat latihan Add Math and selalu tanya pada cikgu kalau tak faham. SPM dia dapat A+ beb.
Usaha pagi petang siang malam ---> BERJAYA


Aku? Hahahahahahhaa (sebelum aku cerita, jom gelak dulu) hahhahahaha. Ok habis. Aku TAK PERNAH FAIL Add Math, tapi aku sangat sangat benci belajar Add Math. Bila aku tak faham, bukan nak tanya kat cikgu. Aku buat tak tahu je. Hehehe. The day before SPM Add Math tu, aku still nangis nangis sorang diri sebab aku rasa aku tak paham sepatah haram pun about that subject. Aku macam give up last minute. Tapi aku cuba paksa diri aku untuk belajar Add math dalam masa satu hari. Last last, result SPM dapat B+ for Add  Math. Emm okay~ SO-SO. 
Tidak berusaha ---> SO-SO

Sofea, aku rasa dia lah pelajar paling hardworking pernah aku jumpa on earth. Sangat rajin. Tak pernah tengok dia enjoy lepak lepak macam aku. Serious. Cuti 2 minggu punyalah rasa sekejap je time 2012 tu. Lagi lagi time tu aku gi Korea kan? Aku return to SESERI dengan hati yang berdarah. Tapi senang senang je Sofea cakap, "Boring gilaa kat rumah. Tak sabar nak balik sekolah sebab nak struggle gila gila untuk SPM ni" and I was like whaaaaaaaa? Homework untuk cuti pun aku tak sempat siapkan, ini kan dia sempat buat hundreds of revisions. TABIK SPRING. Btw, dia selalu fikir positif and tak pernah neglet any subject pun. Semua benda dia struggle. Tapi sayang, dia dapat 7A 2B just like me yang tak berusaha tu.
Usaha pagi petang siang malam ---> SO-SO


Benar. Rezeki di tangan tuhan. Allah adalah sebaik baik pemberi rezeki dan pertolongan. Aku pasti, Allah beri kejayaan yang berbeza kepada manusia bukanlah menunjukkan Allah itu tidak adil. 100% wrong. ALLAH MAHA ADIL :)

Apa yang sebenarnya aku nak sampaikan is, apa apa yang terjadi, HARD WORK is the most important key to success. Tak semua orang dilahirkan genius. Tak usaha tapi berjaya. Aku dengan bangganya mengaku yang aku tak belajar betul betul time SPM dulu. Semua orang tahu aku macam mana. Tak serious dan sangat pemalas. Namun, aku masih mengada ngada aim untuk dapat Straight A's. Jangan mengarut Mimoi. Akhirnya, bila aku dapat 7A, aku menangis seharian. KAHKAHKAH (gelak untuk diri sendiri).

That's the point! Ini la yang dikatakan Kalau Usaha Sikit, Jangan Kecewa Banyak. Dapat 7A pun dah kira beruntung sangat dah dengan usaha ciput macam tu. Kelakar kan? So, kawan kawan yang sama species macam aku tu. JOM! Let's change! Sempena 15 hari lagi nak daftar kat intec, aku kena ada minda yang super positive. Sebab tu aku tulis entri ni. Sekian.



Love,
Mimoi.

Monday, June 10, 2013

Gag Concert

2 사랑

Do you love watching comedies? I do. I love to laugh and yes, I laugh a LOT. It is very the tak senonoh. Hahah. Don't put me in front of the TV especially when Korean Variety Show aired. Please don't. I'll end up laughing hard. Like damn hard. Chwaha. Not only Korean shows, local comedies pun I tengok okayy? Nak layan komedi Malaysia senang je. Buka Asto Warna and tengok je laa. Biasanya aku tengok Raja Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega etc. Yang lain kureng. Sebab nampak macam stupid comedy. Hahah. Maaf. That's just my opinion.

Korean biasanya bukan time rancangan lawak je diorang praktikkan komedi. They wanted to be funny  anytime, anywhere. For example, kalau any korean idols dijemput ke mana mana rancangan, they will prepare something funny to show. That's what they usually do lah. Ok abaikan. Hari ni aku nak cakap pasal gag concert, rancangan komedi paling umum di South Korea. Kiranya almost all Korean comedian come from Gag Concert. Tak percaya? Bukak KBSWorld every Saturday at 9.50pm. Kalau tak silap. Hahah.

Dalam Gag Concert ada segmen segmen. Diorang akan buat pakatan sesama diorang untuk menjayakan segmen masing masing. Contohnya, segmen kegemaran aku:

Madam Jeong.
(About 2 rich women, Mom & Daughter [which are actually men] who always wanted to get refund or exchange products that they bought. They give stupid excuses to get a refund and they are funny. The rich women also have 2 not-alive-dogs called Brownie & Bukkeureomni)

The Young King
( About a young king that is always disregarded and underestimated by his people)

Four Men
(Each man has one characteristic that woman dislike. Fat. Short. Unsophisticated. Unpopular. They want to prove that they are not that bad.)

Discoveries in Life
(A pair of couple who always break up every week. This segment is really interesting because if the girlfriend asked her boyfriend to break up, then she'll bring a hot Korean idol or maybe A GROUP of Korean Idols. Haha. But if the man asked her, he'll bring Korean girls. So yeah. Its funny.)

But the funniest and sweetest moment is... since Shin Bo Ra(girlfriend) & Kim Gi Ri(waiter of the restaurant where the couple always broke up at) announce their relationship to the public, Discoveries in Life segment seems to be moreeeeeeeeeeeeee interesting!! Awwww. You must watch it yourself baru tahu macam mana.

Ohh so sweet la this kapel. :D


So yeah. Perasan tak, segmen segmen ada kisah tersendiri and it is the same every single week. You thought you would easily get bored and tired of these but NOPE. Sekali tengok maybe korang akan like, "Apa ni? Tak lucu pun. Kau paham ke apa yang dia nak sampaikan? Baik tengok komedi Malaysia blah blah." Ok fine. Abang aku selalu cakap macam ni kat aku. Well y'know, I understand their comedy really well now. Sometimes, I laugh really hard but my bro was like, "What the hell are you laughing at? It's not funny!!". You know what? I don't care! Suka hati lah nak cakap apa, tapi Gag Concert sangat best dan they do intelligent comedies. Some of them might be stupid as well but I love almost all Korean comedies. Hihihi. Nak try?

Enjoy! You'll laugh. I hope so. Because I laughed :) Hihihi


Love,
Mimoi.

Friday, June 7, 2013

Bila Malaysia nak bersih?

0 사랑

Hey guys.

Today imma talk about cleanliness. Ecehh macam nak buat public speaking pulak. -_- heheh. kfine. Well, korang perasan tak yang Malaysia ni tersangat kotor? Bukan lah aku nak cakap takde langsung tempat bersih, tapi majoriti.. hari hari, kita akan nampak sampah di tepi jalan, di tepi bangunan etc. Kan? Betul tak? Elehh... Jangan nak menafikan pulak. Tengok ni.



Ughh pleaseeeee. Sedang aku meng-google gambar Malaysia kotor, berderu deru gambar keluar. Tak percaya? Cuba buat. Tapi pastikan korang tak makan apa apa ah time tu. Loya pulak aku tengok. Berdebar debar hatiku tengok gambar gambar tu. Alaa, kalau tak google pun, kawasan tempat tinggal kita pun ada, perhaps?

Tahu tak sebab apa boleh jadi teruk macam ni? Sebab perangai orang Malaysia. Betul tak betul tak? Ya betul, aku pun orang Malaysia. Tapi sumpah, aku bukan jenis yang suka buang sampah merata rata walaupun plastik gula gula sekalipun. Kalau tak, aku takde lah pulak nak buat post ni. Hahah. But aku bukan nak tuding jari kat sape sape pun. Honestly, ahli keluarga aku pun ada je yang tak ambil kisah sangat pasal sampah. So, apa kata kita sama sama menyedarkan diri sendiri dan orang di sekeliling kita? Who else?




Tengok negara orang. Bersihhhhh je. Agak agak, bila Malaysia nak bersih? Alahh, tak payah cakap Malaysia. Kelantan pun kotor gila. SANGAT. Wahai rakan rakanku, janganlah buang sampah merata-rata. Apa yang boleh dikitar semula, just kitar semula. Apa yang boleh di guna semula, just guna semula. Mari kita buat perubahan. It's not just because we need to impressed tourists. It's for us and the next Malaysian generation as well. Clean place is a safe place.

p/s: If you're interested in clean and wonderful environment, why not join SMART RANGER? I did :) Siap ada sijil bagai oke? Hahah.

Thursday, June 6, 2013

Jemput menantu. Jemput sister-in-law.

0 사랑

25 May 2013, my eldest brother akad nikah. So, it's time to invite the in laws datang rumah. 1 Jun , here it comes...


We even did outdoor photography. Hohoh.


It's quite fun.. sebab ramai yang datang rumah. BTW, it's the first time my sibling kahwin. So, it felt different.

Love,
Mimoi.

Wednesday, June 5, 2013

Tindikan Bahasa Perancis

3 사랑

Seryesly, dah ramai kawan kawan aku yang update status kat FB etc, yang diorang berada di UiTM laa, UKM laa, UM. Semuaa ada. Aku pulak jadi nervous. Hahah. Tapi aku macam... arghh, dah almost habis dah masa aku berseronok kat rumah. Hahaha. Kau nak seronok kat rumah sampai bilaa Mimoi?

Baru baru ni aku ada update pasal result MARA kan? Yeah, aku dapat tindikan bahasa Perancis walaupun aku pilih bahasa German. Tapi disebabkan aku nak bidang bahasa (dan lari dari sains), aku akan sambung ke INTEC dan belajar di France selama 5 tahun. Cuma, lebih mengejutkan lagi bila aku cekidaut balik pasal course ni, aku hanya akan buat persediaan di Intec selama 4 bulan, like whutt? Seriously? Kalau German, 2 tahun kot kat Intec. So, kalau macam tu Insya Allah aku akan fly ke France dalam tahun ni jugak. :O


Aku bukan nak terima tawaran ni sebab aku nak fly. Seryes tak. (Lain lah kalau Korea hehe). Sebab kalau belajar locally pun takde masalah. Lagi lagi aku dapat UIA which is one of my favourite universities in Malaysia. And aku pulak jenis yang alim dalaman (puihh). No, jangan salah faham. It's like, there's other me in myself, the religious one but the outer one (cheeky girl) is more appealing. Sebab dulu aku pernah sekolah agama (SMKA Naim Lilbanat) tapi sampai 2 bulan je. Masa tu aku agak debek sikit. Homesick. Boooo Mimoi booo! Tapi diri aku yang alim keluar. Aku tak pernah tinggal solat berjemaah bila aku kat sana walaupun tak wajib, okay? Bila aku dah pindah balik rumah, aku berubah jadi jahil. Hahaha. So, I need different environment to change. Kalau aku masuk UIA, aku rasa aku pakai tudung labuh permanently nanti. Tak tipu.

But yeah, aku dapat course Engineering & Computer Science. Memang bagus lah course tu kan? Dapat jadi engineer macam wowww. Hahaha. Tapi takkan lah aku nak terima bulat bulat hanya sebab ramai orang puji puji course tu. Kalau dapat jadi engineer nanti, bangga lah? Sampai kembang hidung? But what about my life? What about my interest? Aku betul betul YAKIN untuk jadi engineer ke? Tak. So? I decide nak jadi Cikgu Bahasa Perancis (because I love learning language). Cukuplah abang aku sorang yang jadi engineer.


Tak semestinya pergi UIA je boleh berubah kan? Memang betul, kat sana lagi senang nak berubah sebab yknow, dia bimbing pelajar tentang ilmu dunia dan akhirat sekali gus. Apa apapun I must think positively in whatever I do. No one can change me, but myself. Kan? Tak semestinya aku perlu pakai tudung labuh to prove that I already change, right? Good girl, Mimoi. Hahah.

In conclusion, Hello INTEC. Bonjour le France, Insyaa Allah :)

p/s: Tindikan means, persediaan guru MARA.
Love,
Mimoi.

Sunday, June 2, 2013

RESULT UPU & MARA

0 사랑
Annyeong!

Sebelum ni aku pernah cakap yang aku dapat tawaran Uniten Muadzam Shah but still tunggu UPU & MARA kan? Sepatutnya aku daftar Uniten 18 Mei and aku memang dah prepare nak pergi sana in case tak berjaya with UPU or MARA. Aku dah bayar RM 330 for bayaran pendahuluan. Tapi kebetulan, UPU punya results keluar on 17th May. So, cepat cepat la aku check. And guess what?

Aku dapat tawaran UIAM on Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer (my second choice). Aku memang bersyukur gila ah. Sebab masa kecik kecik dulu pun aku pernah mimpi nak masuk UIA. Yalah, bekas pelajar PASTI Al-Ummah & SMKA Naim Lilbanat (for 2 months) kott. Tapi still, aku menunggu Tindikan Bahasa Jerman under MARA. Tunggu punya tunggu...


Akhirnyaa, Alhamdulillah aku dapat scholar MARA. Cuma aku paling terkejut sebab I got French instead of German. Tapi disebabkan cinta aku terhadap bahasa, aku reconsider.
Banyak benda yang aku kena fikir. Aku kena buat decision yang betul betul. :)

Love,
Mimoi. 

Sunday, May 26, 2013

They got Married

0 사랑
Assalamualaikum semua.


Sejak dua menjak ni aku macam agak sibuk sikit dengan kehidupan. Ecehh. Haha. Bukan sebab nak masuk U ke apa, tapi sebab busy dengan persiapan kahwin abang sulung aku, Mohd Faiz bin Yushalani. Padahal banyak yang kitorang tempah je, bukan buat sendiri pun. Cuma yang buat aku and family jadi busy jugak is, renovate rumah. Yes I know, bukan aku yang jadi tukang baiki rumah, tapi disebabkan banyak ubah suai berlaku, banyak jugak ke-bersepah-an berlaku. Pergh hypothesis accepted! 

Oleh itu, kenalah kemas kemas. Bukan sikit, BANYAKK MAA. Tambah bilik, tambah tandas, baiki electricity, baiki sistem paip, tukar siling, tambah dapur, tambah ruang tamu, tambah air-cond. Tu yang bab renovation. Yang bab kemas tak masuk lagi. Basuh langsir, cuci karpet (dobi je hihii), kemas ruang tamu, berus lantai, dan lain lain. FUHH. Walaupun aku superwoman, tapi aku masih anak dara awesome. Takde lah tolong banyak sangat. Letih sikit rehat. Letih sikit stop. Time makan, makan. Hahahhahahahahaha ok teruk bebenor.

25 Mei 2013, abang aku akhirnya bergelar seorang suami dengan 1 kali lafaz. Satu kali lafaz tu kira miracle lah jugak. Tau kenapa? Abang aku yang biasanya act cool je depan aku, akhirnya muka pucat macam apa ntah masa nak akad nikah tu. Haha. Bak kata sepupu aku, "Muka yang dah asal putih jadi lagi putih" So, bila dah sekali lafaz tu, semua orang macam ALHAMDULILLAH. Good job, man. Chwaha. 1 Jun nanti, majlis kat rumah aku pulak. Tapi rumah masih belum 100% ready. Agak scary lah jugak. 

Apa apa pun, Tahniah buat abang dan kakak ipar aku. The newly-weds (ehh betul tak istilah aku ni?) SELAMAT PENGANTIN BARU. Sepasang spouse sudah wujud, aku... bila lagi? Haaa korang doakan lah aku cepat cepat jumpa Key nanti ye? Kekekeke. 


Konklusinya, my dad terpaksa tangguh janji dia pada aku, which is belikan Samsung Galaxy S4 untuk aku sebab sudah terlalu banyak fulus habis untuk renovate rumah. But yeah, I understand this situation. Ada masa sesuai, fulus bertambah, aku beli lah. Hahaha.

Monday, May 13, 2013

PLKN Full Story

0 사랑
*AMARAN. Very long yet interesting entry*


Hello baybeh. Whaddup? Assalamualaikum semua. Today, Imma story mory about my life in Kem PLKN Padang Kacong, Marang, Terengganu. Or should I say, National Service? Heee. 

Okay let's just start from the very first day.
Mula mula aku pergi ke satu tempat berkumpul untuk semua bakal pelatih PLKN dari Kuala Krai. Fyi, pakai baju bebas. And kat sana ada banyak bas PLKN. Dalam keadaan hujan renyai, I registered myself and yeah get into the bus. Weee rindu nak naik bas PLKN sebab bas dia sangat selesa. Start dari rumah sampai la kem, aku rasa gugup yang tahap kritikal. Tapi yang paling interesting, dalam bas ada lagu BTOB - Lover Boy. Fulamak nyanyi sakan la aku dalam tu sebab aku hafal lirik. Ngahaha. OK. Bila sampai kem, daftar kat sana pulak and I got into Delta Company. There are 4 companies in each camp. Alpha, Bravo, Charlie, Delta. Every pelatih ada nombor indeks sendiri. Aku, DGP09.
D= Delta. G= Dorm G. P= Perempuan.

Disebabkan ada 3 hari pendaftaran PLKN, and aku daftar pada hari pertama, ketiga2 hari tersebut aku masih dapat pegang aku punya handphone. Tiba hari keempat, nonono. Kena serah handphone. Aku ingatkan aku homesick. Tapi Alhamdulillah, pengalaman aku dok Seseri selama 2 tahun buat aku tak rindu rumah pun, seriously. So, agak pelik tengok ada orang menangis bila nak serah handphone. Haha. Ok mimoi bajet tak sedih.



The fourth day, The Real PLKN begins! Kitorang start dengan kelas. Mula mula, kelas Pembinaan Karakter. In the class, you'll be divided into groups. Maybe 10 to 12 persons per group. Well y'know, this is the moment when you can do ice breaking by yourself. Know your teammates coz you're gonna be with them dalam 1 week je. Minggu depan, kelas or group maybe ditukar and you won't see your friends anymore. Jumpa kawan baru pulak. It's great sebenarnya sebab korang dapat kenal ramai orang tak kira lelaki atau perempuan. Ada orang tegur, kenapa aku nampak pucat dalam kelas. Well actually, being in all girls school buat aku rasa awkward dengan lelaki. Ramai lelaki kata aku garang sebab tak pernah senyum. Tapi aku sangat mesra dengan girls. Maaf but I think it's better like that kan? Bila dah lama baru aku  dapat kawan ngan diorang.

Apa yang best kat PLKN?

1) You can show the other you.
Kat kem, boleh dikatakan 99% orang tak kenal siapa kau. Macam aku, to be honest, kat SESERI dulu aku sangat pasif. Aku tak pernah jadi volunteer kalau kena tayang muka depan orang tak kisah la cikgu atau pelajar. Sampailah kat kem, Cikgu Nurul (cikgu kompeni) tanya, "Siapa pernah kawad?" Aku angkat je la tangan. Tapi nak jadikan cerita, cikgu panggil budak2 yang angkat tangan ni datang ke depan and disuruh bagi command. And I was like "Whaaaaaaaaaaaat? Seriously???? HERE??? In front of theeeese people?" Haihh, no choice. I tried ma best. "BARISSSSS! BARISSSS SEDIAAA!!" And cikgu macam, "Ok lah, awak jadi ketua company delta". Hehhh? Jangan bergurau? Mimoi, jadi ketua? Tak pernah nak pimpin orang, tiba tiba jadi ketua terus. Tapi after I called my parents, they were like, "Teruskan. Berani lah sikit. Kan Mimi dah besar?" So, aku teruskan. Siap ada tapisan dengan Kem punya Komandan lagi sebab tercalon top3 jadi Penghuluwati tapi sayang, aku tak terpilih. Sebab? Kawad, ok. Suara, ok. Hentak kaki? Bunyi cam kentut. So, sesiapa yang nak jadi Penghuluwati, pastikan anda mahir hentak kaki. Biar bunyi TAPPP sikit. Baru cool. Hahah.
Dua balak je atas bahu.

2) Menembak.
Satu hari, ada askar datang ke kem, ajar sedikit sebanyak tentang senapang yang dikenali sebagai M-16. And another day, pergi ke tempat menembak and tembaklah betul betul. Mula-mula memang terasa takut tapi selepas 30 das tembakan, rasa macam tak cukup pulak. Sangat puas hati. Setiap orang ada askar yang jaga kat tepi. Siapa dapat askar garang, nasib ah. Hahaha. And penembak terbaik akan dapat sijil khas. Fulamak jeles. Aku biasa biasa je.

4) Kawad.
Maybe dalam seminggu, korang akan ada beberapa hari untuk berlatih kawad. Memang panas sebab berlatih dalam pukul 2PM - 4PM dan berpakaian Full Loreng (which is baju yang sangat tebal). Yang pitam pun ada. Cuma.... aku ada tragedi berkaitan kawad. Wirawati Delta kat kem aku adalah yang paling bagus dalam kawad. Bila nak bertanding, semua orang target nak kalahkan kitorang. Mula-mula kitorang yakin sangat boleh menang. Yalah, dengan ada Ketua Platun macam aku, lagi lah kan? *ok puihh ini semua poyo* Namun, mungkin disebabkan kitorang over-confident, prestasi kitorang jatuh day by day. Until the competition day, kitorang buat kesalahan yang SANGAT TAK PATUT. As the result, kitorang dapat nombor 3. Apa lagi, semua orang menangis lah weii. Takpe lah. Bukan rezeki nak buat camano?

5) You can make new friends
Ini memang best. Kat kem, jangan lah jadi kera sumbang je. Bergaul lah dengan semua orang and jangan buat perangai. Tak payah nak jadi hot stuff kem ke ape. Tak perlu jadi famous dengan cara yang tak betul. Tak payah jadi famous langsung pun takpe sebab ia sangat menyusahkan. Seryes. Bila aku dah kenal ramai pelatih, hari hari aku kat kem semakin best. Btw, mereka kawan-kawan aku. Sama dorm. I miss you guys.


6) Malam kebudayaan
Setiap kem MESTI buat malam kebudayaan atau lebih tepat, Malam Perpisahan. Masa ni lah korang nak tonjolkan diri korang buat kali terakhir. Yeah, buat pengetahuan semua, aku kan penari SESERI dulu kan, so mesti lah malam last tu aku buat persembahan tarian. And you know what, from A-Z aku yang ajar choreography. Aku ingatkan cikgu nak ajar, tapi nak bagi senang, dia suruh sesape pernah menari je yang ajar. Mujurlah aku ingat step MEGA ZAPIN Citrawarna 2011 dulu. Aku buat yang tu je lah. Thanks Abang Belalang, Abang Nyot dan Kak Eva sebab ajar saya tarian tu. Heeee.


7) Cikgu dan sarjan yang baik
Faktor ni sangat membantu aku hidup di PLKN dengan lebih happy. Aku ingatkan masuk PLKN ni kena layan macam askar tapi sebenarnya tak pun. Jurulatih2 kat sana sangat sporting. And mengikut pemerhatian aku, Cikgu lelaki rapat dengan pelatih perempuan and cikgu perempuan rapat dengan pelatih lelaki. Sangat sangat tak pelik. Memang itu realiti. Tapi tak semestinya kalau camtu, cikgu perempuan layan kitorang dengan jahat. Kitorang dapat cikgu kompeni yang best best. Siap bagi aku pinjam novel lah ape lah semua benda. Sangat baik :)


8) Berenang.
Hihih. Kalau dulu dulu, if korang pernah dengar, PLKN ada latihan kayak and even pertandingan. But tahun kitorang (2013) dah takde lagi dah aktiviti air dekat sungai or kolam etc disebabkan faktor keselamatan. So, sebagai ganti, kitorang pergi ke kolam renang yang sangat cantik untuk belajar berenang. Sampai cramp kaki aku. Hahah. Tapi best sangat. (Y)

9) Maybe you can meet a TRUE FRIEND
Yes I found one. Tak sangka. Persahabatan aku dengan dia selama 3 bulan ni, buat aku rapat yang sangat sangat rapat maybe lebih rapat daripada kawan kawan yang aku kenal bertahun tahun lamanya. 24 jam setiap hari kat kem, mana ada aku mesti ada dia. Sampai orang pelik kalau tengok aku jalan sorang. Orangnya, cantik, pandai, budak TKC. Aimi Zahirah namanya. I ♥ you always :D


10) Aktiviti tali tinggi
Antara aktiviti paling dinanti pelatih PLKN. Kitorang buat Flying fox. BEST SANGAT!

11) Perkhemahan
Kitorang buat perkhemahan dalam kawasan kem je. Tak tahu kenapa dia tak buat kat luar. Tapi dalam kem pun best. Kitorang kena buat khemah guna kayu dan kain baju hujan je, ok? Rindu saat saat masak sama sama pada waktu senja dengan tent-mate. And paling best, cikgu tak marah pun kalau kitorang tak tidur. Aku tidur pukul 11 and bangun dalam pukul 12 sebab terlampau sejuk. Guess what, kitorang nyanyi sambil tengok bintang and buat unggun api. Disebabkan lapar, kitorang masak maggi at 2AM!! Malay, Chinese, semua ada. Sangat best. Aww rinduu.

12) Dapat keluar
Semua orang suka bila part keluar ramai ramai naik bas sama sama. Tak kira lah, untuk aktiviti kemasyarakatan atau pertandingan. Tak ramai yang boleh keluar banyak kali. Tapi tuah menyebelahi aku. Aku dapat keluar ke semua aktiviti luar kem. Heheh.
Perarakan Maulidur Rasul untuk pemegang pangkat.

13) Have a new scandal
This is not something good. Don't chu ever terlibat dengan scandal di PLKN. Kawan takpe. Tapi jangan sesekali nak try Kapel Kontrak ke ape. Tak cool pun kapel kat kem. And JANGAN PERCAYA LELAKI ATAU PEREMPUAN DI PLKN (Sweet talkers). Jangan! Nanti korang jugak yang patah hati nanti.

14) Sunburn + Experience
Pergi PLKN tak sah tak sunburn. Jjinja! Tapi untuk dapat pengalaman yang sangat sangat berharga buat seumur hidup korang ni, tak perlulah korang kisah pasal sunburn yang tak kekal tu. Berkorban lah. Ecehh dulu aku yang takut sunburn. Sekarang bila dah putih sikit, bajet. Ngahaha. Apa-apa pun PLKN is the best CAMP everrr. Kalaulah boleh undur masa, aku sanggup lalui PLKN sekali lagi.












p/s: Aku harap entri ni berguna buat bakal bakal pelatih PLKN yang masih takleh terima kenyataan yang dia akan join PLKN. (Just like me dulu)

Love,
Mimoi.

STALK&FOLLOW