Monday, December 31, 2012

Because it's PLKN


Hai. Korang dah tau aku akan jadi pelatih PLKN nanti kan? Korang rasa aku suka ke? Of course lah tak suka. Haha. Tak ramai kot yang memang betul betul nak pergi PLKN tapi ADA. Anda macam mana? Tak terpilih? UNTUNGLAH. Enjoy lah kat rumah lama lama ye. *jeles. haha Sebenarnya, aku tak ready langsung nak pergi PLKN and buat tak tahu je sampai lah satu hari tu, ada sorang lelaki update kat FB, "9 days to PLKN" and I was like, "WHOA! Aku tak bukak akaun BSN lagi, aku tak beli barang2 keperluan lagi, aku tak buat medical check up lagi, blablabla!". Haha punya lah cuak. Yalah, taknak pergi kang, mak  bapak aku yang kena masuk jail nanti. -.-" ciss

Sambil sambil ready barang barang, aku kena ready fizikal mental kan? Untuk fizikal, aku tak tahu lah macam mana. Tawakal je lah. Harap harap aktiviti tak berat. Untuk mental, aku cuba ambik semangat PLKN. Aku tanya tanya pasal PLKN kat senior senior. And and ada satu malam, aku stayup sampai pukul 3 4 pagi sebab busy baca blog orang orang yang dah pergi PLKN sebelum ni (sebab biasanya aku tido pukul 3 or 4 sbb tgk Korean variety show) and you know what? ALL OF THEM cakap, PLKN memang best. Aku harap, aku yang akan jadi blogger seterusnya, yang akan share pasal PLKN dan cakap, "PLKN memang best. Tak rugi aku pergi". INSYA-ALLAH. hehe.

Aku sebenarnya takdelah kisah sangat kalau dapat PLKN cuma..... cuma..... cuma.... kulit aku ni, bila sunburn (walaupun 1 hari), dah macam 10 minggu orang bercucuk tanam tanpa payung, tahu tak? Lol alasan. Tapi seryes. Huhh, tak cantik dah aku nanti. Sebab apa? Because it's PLKN. Kebetulan, ada cite Korea yang best sekarang ni. Baru start plak tu, kat KBSW channel 391 or 392. School 2013. Best kot cite ni. Dah lama aku tunggu, tapi bila dia dah siarkan, apa aku dapat? Sunburn! Kenapa? Because it's PLKN. Aduhh ni salah satu sebab mental aku tak ready.


Sumpah cite tu best. OK yang tak minat Korea tu maaf :) Oh oh btw, aku sekarang tengah agak 'aktif' belajar bahasa Korea. Lagi lagi bila aku online, aku mintak pertolongan sorang kakak Korea ni. Dia baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaek sangat. Aku sayang dia. Aku anggap dia kakak and kawan aku sendiri. Comel kan kami berdua? Tengok lah ni. Hihihi dia nak bagi aku hadiah. Jangan jeles.


Wow. Banyak benda yang menyakitkan hati aku because it's PLKN. Harap harap aku enjoy kat sana ye?Haaa, tu lah cerita dia. Punyalah panjang, kan? Aku memang~ Sekali tulis entri macam karangan SPM dah aku rasa. kekeke. So, tu jelah entri terakhir dalam tahun 2012. Tahun ni memang aku tak banyak update sebab busy dengan sekolah. So, nantikan comeback aku pada tahun 2013 ye? ecehh. Padahal berapa minit je lagi nak pukul 12. Ok bye!

ithinkthatsallfromme
thankyou

No comments :

STALK&FOLLOW