Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012

0 사랑
Wah wah wahhh. Selamat Tahun Baru anda anda semuaaa :) . Dah masuk tahun baru dah kita ni eh? Terbaik!! Aku pun tak sangka tahun ni (2012) aku dah 17 tahun and aku merupakan salah sorang SPM victim. HAHAHA-HA! Well, it's not funny. And it's not something to be proud of like seriously! Takut bangat dehh. Tapi apa kan daya. Aku perlu lupakan segala benda yang tak penting atau yang tak berapa penting atau yang kurang penting.

All I have to think now is SPM. SPM SPM SPM SPM SPM. 3 huruf ni menghantui aku doe. HAHA. Btw, korang pulak macam mana? Dah meningkat tua? Hehehee. Sambil sambil kita fikir tentang umur kita, fikir fikirkan lah jugak umur ibu bapa kita. Diorang pun dah semakin berumur. So, jaga lah mereka dengan sepenuh keihklasan yang ada. Alright? Aku harap korang panjang umurr.

Btw, korang ingat lagi tak movie ni? Dia cerita tentang KIAMAT 2012. Err, takut tak takut tak? Aku rasa tak perlu lah takut. Eh tak. KIta perlu takut tapi jangan lah takut sebab movie ni. Kalau dia tak buat movie ni pun, memang dah terang lagi ber-torchlight kiamat akan berlaku and lebih teruk daripada ni. So, lebih baik kita sendiri, masing masing bersedia. Kann? Semoga kita dapat berhijrah daripada buruk ke baik dan baik ke lebih baik.

Sebelum aku habiskan post ni, marilah kita enjoy bunga api ni--
-- walaupun ia tak bergerak. HAHAHA. PANG PANG PANGG! *siap dengan sound background lagi. HAHA

ithinkthatsallfromme,
withthatithankyou.

Maharaja Lawak MEGA

0 사랑


Maharaja Lawak Mega Minggu Akhir yang disiarkan LIVE di Astro Warna pada 30 Disember 2011 memang gempak gila. Sape yang tak tahu, ni lah keputusannya:

JOHAN: OSBON (Os & Abon)

KEDUA: BOBOI (Afdlin Shauki & HSBC [Harun Salim Bachik])

KETIGA: SAEHU (kumpulan dari Indonesia)

KEEMPAT: Syok (Ifa Raziah & 2 orang yang aku tak kenali)
Aku and keluarga aku memang suka sangatlah bab bab Raja Lawak nih. Kitorang memang tak pernah miss ah dari Raja Lawak 1 - 5 to Maharaja Lawak & Maharaja Lawak Mega. Semua best. Tapi aku paling suka Raja Lawak 1 & 2. Gempak habis. Hal ini keranaaaa, aku suka ZIZAN, JOHAN & NABIL. Diorang memang SERYES! Pandai buat lawak. Korang setuju tak?

Tapi aku tumpang bersedih kat JOZAN tuh. Raja Lawak 1, diorang tak menang walaupun masuk final. Maharaja Lawak pun sama. Diorang tak dapat Johan walaupun JOZAN ada Johan. HAHA. Dah terang lagi bersuluh kot setiap minggu dorang best, but still, SEPAH punya fan lagi banyak eh? OK OK tak dinafikan memang Sepah pun best. Taaaaaaaapiiiiiiiiiiiiiiiiiii JOZAN pun best lahh! 

Buktinya? Setiap tahun dari RAJA LAWAK 2 - 5, Jozan yang jadi pengacara. Chapalrela, Jozan berlakon. Rancangan BOLOS, Zizan jadi host. Melodi, Zizan jadi host. Astro Ceria (Elly & Epit), Johan berlakon. Radio Era, Johan ade. Hah? Ape lagi? Baaanyak. Seryes semua lawak.

Oh btw, Siapa yang tak kesempatan tengok Maharaja Lawak Mega, boleh klik sini...




Nak tengok part Jozan je pun boleh. Nah tengok ni :)

p/s: kadang2, personally, aku rasa Maharaja Lawak lagi lawak dari ML Mega.

ithinkthatsallfromme,
withthatithankyou.

Monday, December 5, 2011

Adventurous Adventure

5 사랑
Hari ni aku nak 'promote' sekolah yang baru aku masuk pada tahun 2011. iaitu SM Sains Seri Puteri (aka SESERI). Means dalam masa sebulan je lagi aku akan tinggal kat sana untuk tahun yang ke 2. And aku FORM FIVE! It's a senior year. -.-" Ntah la. Takde la rasa happy ke ape. Makin takut ade la. Sebab hujung tahun 2012 nanti ada....... SPM!!!! Ma gawd! Imma SPM candidate! Noooooo~ Haha ade senior aku cakap, xleh bayang macam mana "mimoi" (nickname aku) jadi senior. Aku diibaratkan seperti ini:

mimoi | & | junior

You know what I mean right? Haha.

Okay, korang ni mesti dah macam ingat tak ingat je kat aku ni kan? Almaklumlah blog aku ni pun dah macam macam sarang ade. Sejak masuk asrama, blog ni macam dipinggirkan. -.- haha. Oleh itu, meh jenguk ape yang aku buat kat sana selama ni.


Well, tu lah view asrama aku dari blok akademik. Ada bangunan UMNO, PWTC, The Mall, KLCC & KL Tower. View tu memang cantik tapi sekolah aku tu takde lah cantek sangat. Okay laaa, hidup lagi aku sekarang. Chwaha. Dulu aku agak terseksa, sebab homesick. Nak balik rumah lah konon, tapi alhamdulillah~ sejak jumpa kawan baru, best jugak kat sana sebenarnya. kot.

Activity skolah tu sangat best. Kenapa? Sebab... SESERI is the only SBP in KL. Y'know kan, KL ni banyak ada event. Macam Citrawarna, dia pilih skolah WP (wilayah persekutuan) je. Korang ade? Takde kan? HAHA. Dulu, aku sukaaaa sangat menari, tapi aku hanya join kumpulan nasyid je. LOL Yang tu pun aku suka. Tapi bila masuk sini, ada kumpulan tarian yang dikenali sebagai Nirmala Dirgantra. And aku terpilih. Best kot. Tercapai cita-cita.

Sekolah ni memang dekat gila ngan PWTC. So, ada apa2 pameran kat sana, biasanya mesti kitorang pergi. Jalan-jalan ke sana. Aku paling suka human jammed. Chwaha. Kalau aku kat depan, aku ketawakan orang belakang sebab lambat sampai. Tapi bila aku kat belakang, aku ketawakan dorang jugak sebab nampak macam semut. Kejam kan? Haha. Tengok ni:

Dalam bulan 6 camtu, Nirmala join pertandingan menari tradisional. -.- kitorang selalu je dapat step last last minute tapi mujur la kitorang ada beberapa ahli yang  cepat tangkap. Cikgu ajar sekali, tang tu jugak la dorang dah dapat. Tak macam aku. Blur semacam je. So, diorang pulak la yang kena ajar aku sampai dapat. Btw, syukur lah kitorang dapat naib johan. Ingat kan saguhati pun tak layak. Hekhekk.

Bulan 7 agak best, sebab aku pergi THAILAND!! Sebab aku menari la aku layak pergi, kalau tak, babai je la Thailand tuh. Yang ni aku pernah cite kat ENTRI NI, INI, INI dan INI

Bila merdeka pun agak best. Ada pertandingan kelas tercantik. Kelas kitorang, 4 ADIODA ni memang famous amos la dengan kelas paling burok. Hweehe sehingga pengawas tingkatan 4 ditabalkan, salah sorang ahli kelas kitorang jugak jadi KETUA PENGAWAS KEBERSIHAN. Start daripada tu, kitorang "dipaksa" menjaga kebersihan kelas. Ok la. Dah banyak minggu jugak kitorang kumpul gelaran "Kelas Terbersih". Kelas pun kitorang hias. Mujur ada orang kreatif kat kelas ni, kan  Aireena? Seryes, kitorang bangga gila ngan kelas kitorang sebab kami menang kelas tercantik tu :) Ni lah kebanggaan kami, haha.


Dalam bulan 10 plak, aku join Flash Mob untuk Estee Lauder sempena Breast Cancer kat Pavillion. Two words, BEST GILA. Pakai baju serba pink. Memang happening gila ah. Jurulatih kitorang ialah bekas jurulatih Citrawarna dulu. Kalau korang nak tahu, dia ada berlakon dalam cite Al-Hijab. Ntah, dia cakap jadi mat indon je. Aku tak tahu, sebab aku tak tengok pun. Chwaha. Dalam akhir bulan tu, kami ada menari tarian kipas untuk majlis ko-hem.

Bila dah bulan 11, mesti lah kitorang happy. Nak cuti dah kan? Time tu tiba-tiba jadi rapat ngan senior. Kalau rapat lagi awal kan best? Main bowling la, ada drama la. Aku jadi pemuda yang takde nama. Haha macam hampeh je. Tapi dapat nombor 3. Boleh laaa~ Bila dah nak SPM, kena kosongkan kelas. Sedih gila kot bila kami punya "design" dilupuskan. Hohh, tahun depan dorm dah lain, kelas pun lain. Aku pasti akan rindu 2011 di Seseri. Semoga tahun 2012 lebih bermakna.



p/s: Bulan 6 tahun depan aku pergi korea. Lawatan sekolah. Tiket pun dah beli tu. Chwaha

That's all from me,
With that I thank you.

STALK&FOLLOW