Tuesday, March 15, 2011

Kehidupan di SESERI.

Bagi korang yang nak tahu macam mana aku hidup kat SM Sains Seri Puteri (SESERI), aku nak bagitahu sekarang. Yang taknak tahu takpe. Click je [X]. hehe, kejam tak kejam tak??

5am: Bangun
6am: Sarapan then terus solat
6.20am: Duty (bersihkan dorm)
6.50am: Pergi sekolah
7.10am: Perhimpunan.
7.30am: Belajar (dan mengantuk)
2.30pm: Balik, makan, solat.
3.30pm: PREP.
4.30pm: Balik dorm. (Kalau ada latihan sukan, habis sampai kul 6)
6.45pm: Makan malam (beradab)
7.30pm: Solat Maghrib & Isyak.
9pm: PREP.
11pm: Supper.
11.20pm: Bacaan Al-Mulk. (dalam dorm masing2)
11.30pm: light's off!

Macam tu lah hidup aku hari2. Ulang~ ulang~ dan ulang~ aku tak tahu sama ada aku suka atau tak. Tapi kalau orang tanya, "best tak sekolah baru?". Aku confirm akan jawab "BEST" walaupun setiap hari aku nangis. Argh aku tak tahu kenapa aku lemah sangat. Allah, help me. Setiap hari aku pasti akan kira, berapa hari lagi nak balik? Mak aku selalu tanya, "nak pindah tak?". Tapi aku senyap je. Aku nak! Tapi aku taknak. Pelik kan?? Betul, sekolah tu memang best tapi maybe aku masih belum biasa kot. Huh!

Almost everyone cakap, "takpe~ sabar je. Mula2 memang macam tu. Lama2 ok lah". Haha, yeaaa rite =.= Nak tunggu 'lama2' tu sampai bila? Aku bukan macam orang lain. Orang lain cepat je dorang boleh adapt. Aku? Every week, kalau tengok ibu bapa pelajar lain datang melawat, mesti sedih. Arghhh!! (emotional2. ambik feel. haha)

Yeap, aku tahu. Pergi sana untuk belajar. Ye lah sangat aku belajar. haha. Kalau dari pagi aku homesick, confirm satu hari tu xde mood nak belajar. Tak focus sangatlah katakan. Loser kan aku ni?? Orang lain yang form 1 tu tak homesick punn. Yang tinggal kat Sabah Sarawak tak nangis pun. Aku?? Well~ u noe me! haha.

Tapi aku dah bertekad, aku taknak pindah sekolah. (even aku ada masalah pengangkutan). Kan aku dah pernah cakap, mak aku tak berapa suka aku sekolah jauh2. Kan sekarang dah susah sebab tak dengar cakap mak. Padan muka. Tapi seryes, kalau aku nak pindah sekolah, umi aku bagi taww. HAHA. Tapi aku taknak pindah. But kalau tiba2 aku pindah, korang jangan pelik pulak. Tapi aku taknak pindah. (n__n)

So, sekarang~ apa perlu aku buat? Kalau tengok jam dah pukul 1245am. Means hari ni hari rabu. (then khamis, jumaat, sabtu, ahad). Taknakkkk!!! kan dah nangis niii. Taknakkkk! Aku nak balik asrama tapi bukan minggu depan, boleh tak? Tolonglah panjangkan masa, Ya Allah. I'm not ready yet. I'M NOT.

ps: aku dah pernah kena demerit sebab pakai stokin hitam kat sekolah. WTF.
 ps2: Kawan2 aku kat sana semuaa baik, seryes. Dorm~ Kelas~ semua satu kepala. Alhamdulillah. (tapi aku still nak kawan2 lama).
 ps3: rumah sukan aku: Dendrobium (merah) & Kelas 4 Adioda. [sempena nama2 spesifik orked] [sekolah ni bertemakan orked]
ps4: Kelas kat sini bukan berdasarkan ranking. So, kalau aku dapat nombor last pun, tak bermakna aku akan bertukar ke kelas H. Tahun depan still kelas sama :)
Nama2 kelas yang ada kat sini: Adioda, Bakerara, Cattleya, Dorisia, Eliara, Fialaara, Gastisia, Helpilia.
Nama2 rumah sukan pulak: Brassidium, Dendrobium, Epidendrium, Oncidium.
ps5: kenapa entri ni macam nak promote SESERI? hahhaa. abaikan.

With that, I thank you. *i wanna cry moreeee :'( 

4 comments :

Kalenzsincade said...

huwahh!
i loike the nama kelas and nama rumah sukan so on ! classy! :)

Mimi ! said...

haha. mula2, susah gila nk igt. Klu ore tnyo, klas mno, just oyk 4A. haha
kalau rumah gpo, jwb D. hahahah

Nadia:) said...

Seseri macam best dan awesome je!! Nak masuk sini lah tahun depan ;) *PMR candidates 2011*

Nadia:) said...

Seseri macam best dan awesome je... Kay nak masuk sini lah tahun depan ;)

STALK&FOLLOW