Thursday, March 17, 2011

SBP or SMK discussion?

2 사랑

Aku search search pasal SBP kat internet, kononnya nak motivasi sikit lah. lepas tu ada yang dia mintak pendapat, antara SBP/sekolah berasrama and SMK, mana lagi bagus? Aku pun of course la klik link tu. Banyak yang aku setuju. Hmm nak baca jugak? Jom! (kalau malas, boleh baca yang BOLD je)

dik..meh akak yg berpengalaman ni bercerita...
dok asrama mmg best le....w/pon ko nampak jadual ketat..tapi sebenarnya biasa je..tapi bergantung gak pada jenis asrama tu le..kalo asrama penuh tu mmg ketat gila la peraturan dan jadual harian...

tapi aku nak ckp satu je lah keburukan dok kat asrama ni..ko akan jadi x rapat ngan famili...ni aku ckp merujuk kepada pengalaman aku dan member2 aku yg sesama dok asrama...
 duduk asrama la best...mesti tak nyesal punya...ada semangat nak belajar skett..sbb jeles tgk member baca buku..kita pun nak baca..kalau kat umah nak jeles ngan sapa....nanti nak g masuk ipt pun kena berpisah jugak...
well.. untuk pengetahuan slamdunk.. aku pernah sekolah berasrama penuh.. sekolah agama(SMKA)... ngan sekolah harian biase... dan pade aku... sekolah harian biase la yg paling best... pasal aku bule tgk dunia ngan lebih luas drpd dok asrama yg membosankan itu... 
dr aku form 1 sampai form 5, aku duk sbp..best gile..banyak arrh pengalaman duk ngan membe2..mane baek tue ko ikot arr..mane buruk xyah arr ikot..aku setuju ape pulut_dakap cakap tuh...klu kat asrama, mmg x lekang dr buku arh..so klu tgk membe pegang je buku, sure rase nak bace buku gak..xleh nak enjoy sbb nnti kene tinggal..
sama ada sbp atau smk,dua2 ok dan best.yg penting matlamat kita la.experience saye,5 tahun kat sbp dan 2 tahun kat smk.tapi smk pun stay kat hostel gak.nasihat saye kalau awak mmg taknak masuk sbp just go on jelah.kalau tak boleh sesuaikan diri pun susah gak.5 years being at sbp were my biggest mistake in my whole entire life.however,life as budak hostel mmg best .discuss la elok2 dgn your parents.all da best kay....cheerio!!!
Kalu ko bleh masuk SBP yg hebat, eg MCKK, TKC etc ko boleh bangga sepanjang hidup. Tapi sekolah2 lama nih tak best kalau masuk form 4. Cuba apply MRSM, walaupun diorg tak sehebat SBP kihkihkihkih.
ade ape pada name?mckk ke tkc ke sas ke sdar ke, tade beza ngan sbp biase.gempak mane skola ko study pon, klu dah x blaja pon x gune gak.yg penting kene semangat waja nak study.
Yo lah. Aku tau le tu. kalau ko hebat pegi mana pun hebat, kalau ko hampas pegi mane pun hampas. Aku rasa mmg ada org kat UM atau UKM yg sama hebat dgn org di Oxford, tapi kalau dah nama pun Oxford, bangga le sikit tu aje aku nak cakap. (HAHHAAHA)
Disebabkan duduk asrama hubungan dengan keluarga agak renggang (itu memang betul), bukan setakat tu sahaja kemahiran memasak akan berkurangan dan menjadi agak manja sedikit.... (Betul3)
dulu aku pun layak duk asrama..tapi ayah aku tak kasi...dia kata...
'anak2 time nie la nak bersama n bermesra dgn mak bapak...sok2 dah masuk u..peh 2 kerja..peh 2 kawin..dah jauh dr keluarga..kt umah semua kelengkapan nak blajar ada..ayah sanggup sediakan...asrama tue lebih sesuai utk org yg miskin, yg tak leh blajar dgn selesa kalu kt umah..lgpun kalu sbelum nie kt umah leh dpt keputusan baik,naper lak nak g asrama..'adik beradik aku smua skolah biasa jek..wpun duk asrama nie best la gak...tapi aku rasa duk kt umah pun best gak..aku tak nyesal pun..lgpun aku lg tabik dak skolah biasa dpt result bagus berbanding dak asrama..coz bukan senang nak maintain blajar kt umah,byk dugaan...berbanding dak asrama yg ikut jadual...ada suasana blajar n byk kemudahan...soalan sport diaorg dpt dulu..
Bagus la kalau dah fikir tentang masa depan. Tapi apa yang penting semuanya dari dalam diri kita. Aku dulu pun pernah rasa dok hostel tapi aku tak suka dengan environment tu. Cuma dok 3 bulan je. Tapi pas tu aku nyesal.. sebab banyak perkara yang aku dah belaja kat situ..Dua-dua pun bagus. Kalau kat sekolah harian, ko kena plan jadual belaja ko sendiri lepas waktu sekolah. Tapi kalau kat asrama mungkin ko dah diperuntukkan masa tertentu. agak sistematik la sikit kan! So all the best!
Haaa, dah baca? Aku tahu, ramai yang skip. Malas baca lah tu. hahahaha. Takpe lah. Aku tak paksa pun. Aku je yang tiba2 rajin nak baca pendapat orang lain. and fYi, diskusi ni berlaku pada tahun 2004 lagi. :) So, sekarang mungkin diorang dah tua =.= ahakks. Aku pun tak tahu nak sokong belah mana. Aku just nak teruskan perjalanan aku di SBP, insya-Allah. Sebab aku dah berada di jalan ini :) Kan3? So, all the best to me. (walaupun hari ni mata dah bengkak sebab taknak terima kenyataan lusa dah kena pergi KL). Doakan aku, okeh? I love you all~ ♥

Wednesday, March 16, 2011

Balik Kampung?

0 사랑
Sudirman - Balik Kampung

Sila klik play untuk dengar ^^

Sebelum ni, aku tak pernah rasa pape pun bila dengar lagu ni, seryes. Well, aku kan dok rumah je dari aku lahir sampai umur 15 tahun. Kan? Kan? Kan? So, bila last dinner aku kat SESERI, diorang pasang lagu ni. Memang sengih sampai nak pecah mulut. Maklumlah, keesokannya nak balik rumah kan? Memang feel gila gila doe! Tak sangka. Patutlah setiap kali raya, mesti kat radio ada terpasang lagu ni. Perasan tak? Lirik dia pun memang menusuk kalbu kot. Check this out,

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Betul kan? Ahh, rindunya hari first balik rumah. Nak repeat cuti sekali lagi boleh? Repeat banyak kali pun takpe. Hehe. Seryes, aku tak nak balik KL!!! :P

Tuesday, March 15, 2011

Kehidupan di SESERI.

4 사랑
Bagi korang yang nak tahu macam mana aku hidup kat SM Sains Seri Puteri (SESERI), aku nak bagitahu sekarang. Yang taknak tahu takpe. Click je [X]. hehe, kejam tak kejam tak??

5am: Bangun
6am: Sarapan then terus solat
6.20am: Duty (bersihkan dorm)
6.50am: Pergi sekolah
7.10am: Perhimpunan.
7.30am: Belajar (dan mengantuk)
2.30pm: Balik, makan, solat.
3.30pm: PREP.
4.30pm: Balik dorm. (Kalau ada latihan sukan, habis sampai kul 6)
6.45pm: Makan malam (beradab)
7.30pm: Solat Maghrib & Isyak.
9pm: PREP.
11pm: Supper.
11.20pm: Bacaan Al-Mulk. (dalam dorm masing2)
11.30pm: light's off!

Macam tu lah hidup aku hari2. Ulang~ ulang~ dan ulang~ aku tak tahu sama ada aku suka atau tak. Tapi kalau orang tanya, "best tak sekolah baru?". Aku confirm akan jawab "BEST" walaupun setiap hari aku nangis. Argh aku tak tahu kenapa aku lemah sangat. Allah, help me. Setiap hari aku pasti akan kira, berapa hari lagi nak balik? Mak aku selalu tanya, "nak pindah tak?". Tapi aku senyap je. Aku nak! Tapi aku taknak. Pelik kan?? Betul, sekolah tu memang best tapi maybe aku masih belum biasa kot. Huh!

Almost everyone cakap, "takpe~ sabar je. Mula2 memang macam tu. Lama2 ok lah". Haha, yeaaa rite =.= Nak tunggu 'lama2' tu sampai bila? Aku bukan macam orang lain. Orang lain cepat je dorang boleh adapt. Aku? Every week, kalau tengok ibu bapa pelajar lain datang melawat, mesti sedih. Arghhh!! (emotional2. ambik feel. haha)

Yeap, aku tahu. Pergi sana untuk belajar. Ye lah sangat aku belajar. haha. Kalau dari pagi aku homesick, confirm satu hari tu xde mood nak belajar. Tak focus sangatlah katakan. Loser kan aku ni?? Orang lain yang form 1 tu tak homesick punn. Yang tinggal kat Sabah Sarawak tak nangis pun. Aku?? Well~ u noe me! haha.

Tapi aku dah bertekad, aku taknak pindah sekolah. (even aku ada masalah pengangkutan). Kan aku dah pernah cakap, mak aku tak berapa suka aku sekolah jauh2. Kan sekarang dah susah sebab tak dengar cakap mak. Padan muka. Tapi seryes, kalau aku nak pindah sekolah, umi aku bagi taww. HAHA. Tapi aku taknak pindah. But kalau tiba2 aku pindah, korang jangan pelik pulak. Tapi aku taknak pindah. (n__n)

So, sekarang~ apa perlu aku buat? Kalau tengok jam dah pukul 1245am. Means hari ni hari rabu. (then khamis, jumaat, sabtu, ahad). Taknakkkk!!! kan dah nangis niii. Taknakkkk! Aku nak balik asrama tapi bukan minggu depan, boleh tak? Tolonglah panjangkan masa, Ya Allah. I'm not ready yet. I'M NOT.

ps: aku dah pernah kena demerit sebab pakai stokin hitam kat sekolah. WTF.
 ps2: Kawan2 aku kat sana semuaa baik, seryes. Dorm~ Kelas~ semua satu kepala. Alhamdulillah. (tapi aku still nak kawan2 lama).
 ps3: rumah sukan aku: Dendrobium (merah) & Kelas 4 Adioda. [sempena nama2 spesifik orked] [sekolah ni bertemakan orked]
ps4: Kelas kat sini bukan berdasarkan ranking. So, kalau aku dapat nombor last pun, tak bermakna aku akan bertukar ke kelas H. Tahun depan still kelas sama :)
Nama2 kelas yang ada kat sini: Adioda, Bakerara, Cattleya, Dorisia, Eliara, Fialaara, Gastisia, Helpilia.
Nama2 rumah sukan pulak: Brassidium, Dendrobium, Epidendrium, Oncidium.
ps5: kenapa entri ni macam nak promote SESERI? hahhaa. abaikan.

With that, I thank you. *i wanna cry moreeee :'( 

STALK&FOLLOW