Sunday, January 23, 2011

♥ Teen Top ♥

2 사랑
Jom, teruskan dengan Teen Top pulak. haha. Terlebih rajin lah pulak. Even homework berlambak. =.="


Coowl gila gambar atas ni. Hehe.

Teen Top baru je debut tahun lepas iaitu 2010. Kira memang baru gila lah kumpulan ni. setahun jagung lagi taww. So, masih belum terlambat untuk mengenali dorang.
 Di bawah syarikat T.O.P Media. Di'bina' oleh Andy dari kumpulan Shinhwa (iaitu kumpulan KPOP jugak). Shinhwa tu kumpulan lama. Even aku pun tak tahu menahu tentang dorang. Ish3
Teen Top punya official website. Klik SINI
Mula-mula debut. Haha muka pun comel2.
2011; Supa Luv. Rasanya, yang ni lah si Andy tu. Haha

 Jom kenal ahli2 kumpulan ni pulak:
C.A.P (Charisma Rapper)
-> Bang Min Soo
-> 4  November 1992
-> Rapper & Leader

Chunji (Power Voice)
-> Lee Chan Hee
-> 5 Oktober 1993
-> Lead Vocal
(MY BIAS)
L.Joe (Mischievous rapper)
-> Lee Byeong Hun
-> 23 November 1993
-> Rapper

Niel (Emotional Voice)
-> Ahn Daniel
-> 16 August 1994
-> Main Vocal & Lead dancer
Ricky (Lovely Boy)
-> Yoo Chang Hyun
-> 27 Februari 1995
-> Sub-Vocal
Sangat comel. Second bias :)
Changjo (Dancing Boy)
-> Choi Jong Hyun
-> 16 November 1995
-> Main dancer & sub-vocal
Their Singles:
2010 - Clap
2011 - Supa Luv

Yeah, siap satu lagi projek. Haha. Punya lah lama nak buat benda ni. Nampak cam simple je kan? Bertambah sulit bila internet jadi siput. Ish3 tak senonoh betol. Hehe cute2 kan Teen Top? Muda pun muda. Eh bukan. Memang muda gila lahh. Sebab yang dua last tu pun umur macam saya. Aigoo, boleh jadi BF ni. Haha. Cheonji & Ricky! Aww. Siapa pulak pilihan anda??
Kesimpulannya, Chunji & Ricky saya punya. wahaha. 

Friday, January 21, 2011

♥ SHINee ♥

10 사랑
Saya rasa dah tiba masanya saya tulis tentang Idols untuk K-IDOLS. Memang dah banyak orang click tab K-IDOLS tu, tapi takde pape. Haha sorry sangat sangat oke? Jom mulakan dengan SHINEE!!! Weheee~


Perasan tak, kalau orang eja SHINEE mesti, SHINee. Kenapa ya? Haaa, sebab memang dah begitu.
Huhu. So jika anda baru nak kenal Shinee, eja SHINee oke? Good!

First of all, korang tahu tak nak pronounce SHINee ni camne? Shini or Shiny? Jawapannya Shiny.
So, jangan tertukar pulak. Haha. Biasa la. Saya dulu pun tersalah baca jugak. =.="

SHINee a.k.a 샤이니 ni ditubuhkan oleh syarikat SM Entertainment (SMENT) pada 2008.
Lagu pertama diorang (debut song) ialah *'Noona Neomu Yeppeo (Replay)'.
Jika anda adalah peminat SHINee, anda digelar sebagai SHINee World aka SHAWOL.
Pernah tengok Boys Over Flower? Mesti ramai yang tengok kan? Ingat lagu 'stand by me'? Haa, lagu tu SHINee lah yang nyanyi. Tak caya? Google lah!
Jangan lupa dengan Hello Baby! Rancangan tu SANGATLAH BEST! Tak tengok lagi? Jom bukak Youtube sekarang. Search je; SHINee Hello Baby. Oh my oh my sangatlah cute. Dorang kena jaga baby nama Yoogeun. hehe.


[ Jom kenal ahli² SHINee ]


Nama Penuh: Lee Jinki (이진기).
We call him Onew or Onyu (온유).
He's the leader & the oldest member.
DOB : 14 Disember 1989.

Ingat Onew, ingat CHICKEN!


Nama Penuh : Kim Jong Hyeon (김종현).
We call him Jonghyeon or Jjong.
He's the lead vocalist. Sebab tu banyak nyanyi.
DOB : 8 April 1990.

Sangat rapat dengan Key.
Don't misunderstand, dorang bukan gay.

Nama Penuh : Kim Ki Beom (김기범).
We call him Key! ()
He's mine. mine. mine. mine. mine.
Second rapper in this group.
DOB : 23 september 1991. (Same as mine)

Tersangatlah genius dan kuat.
Dia boleh ingat tarian girl groups tanpa berlatih. WOW.
Juga dipanggil OMMA (mom) sebab suka membebel
 dan take care of SHINee members dgn baik.
Nama penuh : Choi Minho  (최민호).
We call him Minho.
The main rapper :) .
DOB : 9 September 1991.

Selalu ada dalam rancangan KBSW Dream Team and Oh! My School.
Sangat bagus dalam sukan.
Nama penuh : Lee Taemin (이태민).
We call him Taemin.
He's the lead dancer and maknae! (youngest)
DOB : 18 July 1993.

Sangat cute dan pemalu.
Mempunyai ramai peminat dari golongan Noona.

[ Lagu-lagu diorang yang best (Singles) From debut until NOW. ]

2008: "Noona Neomu Yeppeo (Replay)"
2008: "Sanso Gateun Neo (Love Like Oxygen)"
2008: "Ai.Mi.Go"
2009: "Juliette"
2009: "Ring Ding Dong"
2009: "JoJo"
2010: "Lucifer"
2010: "Hello"

 Amacam? Dah kenal? Bagus. Terus enjoy lagu-lagu diorang oke? fYi, SHINee is my first favourite group in KPOP. Well, imma Shawol after all. Muahh to SHINee! and KEY! ♥♥♥
*Noona means older girl. Kalau perempuan panggil Kakak, eonni. Tapi kalau lelaki panggil kakak, jadi Noona. Get it? good! Btw klik Official website untuk ke SHINee's official website. Thanks.

Wednesday, January 19, 2011

SBP!!

2 사랑

Dah tahu kan? Bahawa tawaran ke SBP dah diberitahu. Kalau dapat surat dari SBP, means anda dapatlah tu. And agak agak aku macam mana ye? Heee aku tak kisah sangat SBP ni sebenarnya. Sebab aku takde lah pandai sangat. And aku tumpu kepada MRSM je. Sebab Abah aku ada cable car untuk meng-adjust MRSM untuk aku. Alih-alih~


Oh nooooo! Memang lah Alhamdulillah! Siapa kata aku tak bersyukur pulak. But SMS Seri Puteri ni jauh sangat. Aku pulak mudah homesick. Like I told u before HERE. Cuba teka apa yang aku rasa~ NOPE! Jangkaan korang absolutely salah. Haha. Jawapannya ialah: Aku rasa saaaaangat lucu! Kenapa aku dapat, hah?? Tak sangka x_x. Salah aku jugak pilih Seri Puteri. haha.

Apa pulak komen mak bapak aku? BANGGA? Yeah, at first kinda bangga. But-- T________T at second (LOL), aku kena marah dengan umi sebab susah transportation. "Kenapa pilih KL?" "Kenapa tak bincang dulu sebelum pilih hari tu?" Memang banyak kenapa. Jawapannya, manalah saya tahu saya dapat! Haha. Tapi ok ape? Sekolah LUAR DARI KELANTAN terima aku. Kan? Umi ni gakk. Jange maroh sangat.

Reaksi abah and kak aku pulak lain. Abah memang OK lah. Sekolah ni pun pernah jadi sekolah kak aku dulu. So, anak bongsu pulak yang pergi, OK lah tuu. Kak aku pulak; "Gi lah! Kembey2 otok sikit". It means, pergi lah. Biar otak berkembang sikit. HAHA I noe la I sekolah kat Gua Musang je. Takut pergi sekolah lain, jadi jakun. Haha WTF betol.

So, aku sebenarnya masih dalam keadaan yang mereng. Nak pergi ke.... taknak? Nak ke....tak nak? You decide. Haha walaweh, kenapa orang lain yang perlu decide aku punya future, kan?

P/s: Sebenarnya aku nak pilih Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya. bekas sekolah kak aku jugak dulu. Tapi aku TER pilih SM Sains Seri Puteri (juga bekas sekolah kak aku). Manalah aku tahu Seri Puteri ada dua? haha. But my sis cakap, OK lah SMSSP pun. Sebab sekolah ni start dari form4, so-- orang lain pun takde geng lagi. Baru nak kenal je. Nak ke taknak ni??

STALK&FOLLOW