Monday, August 30, 2010

Al-Kisah Rimba


Lucu sangat2. Baca sampai habis baru tahu. Inilah kerja aku dan kawan2 time boring. Setiap warna mewakili orang yang berlainan. Kami tulis karangan!
Kewajipan seekor dinasour ialah menyamakkan najis anak beliau dan diwajibkan mandi wajib serta bertayammum untuk menyucikan diri daripada segala jenis kotoran dengan menggunakan sabun Daia, di samping sabun Daia, ia juga perlu menggunakan ubat pelali supaya selamat tidur. Oleh itu, setiap warganegara Rimba Al-Bukhari perlulah mendaftarkan kewarganegaraan mereka di kampung baru di bawah rancangan Briggs beserta kawasan hitam putih untuk mengesan gelombang soundwave di kawasan hitam serta halimunan di kawasan putih.
Zaata yaumin (pada suatu hari)... **tazhabu dil-dil ila Al-Ghobah. FarMiKey Dil-dil ke Gua Cha untuk mencari informasi tentang ***hantu beca yang sedang bertapa untuk mendapatkan kuasa kontrol kereta. Tiba-tiba mereka terjumpa seekor lebah yang berkaki enam dan mempunyai empat lubang hidung sedang membuat kuak penyu bersama rakan2 beliau di Pantai Rantau Kakak dan Adik-beradiknya. Beliau ternampak sesuatu yang aneh bin pelik bin ibnu ajaib...apakah itu?
"Suratan atau kebetulan". Itulah perkataan yang datang dari mulut lubby si lebah setelah berjumpa dengan penyanyi lagu tersebut. Si lebah pun kembali berjalan, tiba-tiba baginda menyuruh anakandanya mengadakan propaganda tentang parti bumi hangus dengan slogan 'Asia untuk orang Asia' dan menitahkan anakandanya membuat cerita tentang "Cucuku bukan cucumu tetapi cucumu bukan cucuku" serta "Cicitku adalah Cicitmu".
Namun, takdir berlaku sebaliknya. Buku yang tercipta ialah "Pintuku di rumahmu". Hal ini kerana anak lebah tersebut bukan anak gahara. Oops, anak dara okay? Manalah kita tahu jantina anak lebah tersebut. Mungkinkah terputus tali di tengah jalan jantan? Mungkinkah betina? Nauzubillah. Akhirnya, anak lebah itu disahkan bujang teruna apabila diperiksa PMR dan SPM.
** Maksud: Dil-dil pergi ke hutan.
*** Ada maksud tertentu. :D

Banyak lagi actually tapi ntah hilang ke mana. Ada satu kisah tu memang best and gerenti lucu ah. Tapi dirampas cikgu. HAHA. Cikgu pun lupa letak kat mana, so kami tak dapat kertas tu balik. :( Cuba ah main ngan kawan2. Best taww. hehe

No comments :

STALK&FOLLOW