Saturday, August 29, 2009

Aku Mahu Saiz S .

TO-DO LIST IN ORDER TO ACHIEVE SIZE S!
( from Aku Mahu Saiz S )
( from kumpulan The Size 'S' )
( from Ain Maisarah , fcourse )

1 . Mulakan harimu dengan air suam diperah limau nipis .
  • jangan campur gula .
  • baca bismillah dan selawat .
  • amalkan setiap hari .
2 . Jangan lupa sarapan pagi .
  • jangan makan makanan berat yang menyebabkan rasa mengantuk dan malas spt nasi lemak .
  • roti dua keping dan susu sudah cukup untuk mengalas perut .
3 . Makan berpada-pada pada waktu rehat .
  • jangan makan makanan yang menggunakan minyak yang banyak .
  • jangan tergoda dengan deretan makanan di kaunter jualan . kuatkan semangat !
  • sekiranya perut masih minta diisi , makan buah buahan .
4 . Makan tengah hari berkadar sederhana .
  • banyakkan kuantiti sayur . ( aku tak makan sayur , hehe )
  • berhenti makan sebelum kenyang .
  • untuk pencuci mulut , digalakkan makan buah buahan spt epal hijau & limau sunkist .
5 . Minum petang yang menyihatkan .
  • minum segelas jus segar . ( beri penghidratan kepada tubuh )
  • sepotong kuih tidak berlemak spt karipap & donat .
  • capai salad sayur atau buah buahan .
6 . Makan malam yang terkawal .
  • makan malam sebelum pukul 8 malam .
7 . Segarkan tubuh dengan air mineral .
  • jika dahaga , minum air mineral supaya memberi kesegaran dan mengembalikan garam mineral pada tubuh .
  • jus buah buahan dibenarkan tapi seelok eloknya tidak ditambah gula .
8 . Rajin bersenam setiap hari .
  • bersenamlah at least 1 hour daily .
  • pelbagaikan aktiviti senaman ; senamrobik , cycling , jogg , swim & dance .
  • tetapkan masa bersenam .
  • jangan curi tulang !
9 . Motivasikan diri setiap hari .
  • I can do it !
10 . Tanam azam dalam hati .
  • Kuruskan / sihatkan badan demi kesihatan masa depan .

p.s : segala tips yang saya perolehi adalah daripada buku Aku Mahu Saiz S - Ain Maisarah . Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi tips2 ini dengan kawan kawan sahaja . Maaf jika saya dianggap sebagai peniru atau copycat .

b.t.w : aku suka sangat tips ni . kalau lah aku ni gemuk , sure aku ikut TO-DO LIST ni .

No comments :

STALK&FOLLOW